28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kenapa Lagu Saya Tak Diberi Kemenangan?’ – Yuji Persoal Keputusan AIM-24, Tak Marah Pada Ernie Zakri

    Shopee Sale

    Penyanyi Yuji mempersoalkan keputusan Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) untuk kategori ‘Lagu Strim Terbanyak Malaysia’.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Nora Ariffin Teruja Jungkook BTS Layan Lagu ‘Old Love’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aina Abdul Sebak, Akui AIM24 Antara Pencapaian Yang Dinanti – ‘Saya Memang Impikan Untuk Genggam Anugerah Ini’

    Lagu ‘Old Love’ patut menang?

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Yuji menjelaskan bahawa lagunya yang berjudul ‘Old Love’ meraih 360 juta strim di platform lagu, Spotify.

    Susulan itu, Yuji meluahkan rasa kurang faham dengan keputusan Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang tidak memberi anugerah ‘Lagu Strim Terbanyak Malaysia’ kepada lagunya.

    Lagu saya ada 360 juta strim di Spotify tapi AIM beri anugerah itu pada lagu yang ada 12 juta strim untuk kategori ‘Lagu Strim Terbanyak Malaysia’.

    Dalam pada itu, Yuji akui tidak menunding jari pada penyanyi Ernie Zakri selaku pemenang bagi kategori tersebut.

    Sejujurnya saya tidak marah pada Ernie Zakri cuma saya tidak faham kenapa RIM dan AIM tidak beri kemenangan itu pada ‘Old Love’.

    Imbas kembali, Ernie Zakri berjaya merangkul anugerah Lagu Paling Tinggi Distrim menerusi lagu Masing-Masing bersama Ade Govinda. 

    MENARIK:  Iman Troye Suka Tema Klasik Di Hari Raya, Pernah Beli Baju Songket RM20 – ‘Tak Kisah Harga, Asalkan Cantik’

    Menerusi pemerhatian , lagu Masing-Masing bukan sahaja meraih lebih 500 juta strim di seluruh platform penstriman, malah turut diiktiraf RIM sebagai pemegang rekod lagu nombor satu paling lama di Carta RIM selama 27 minggu.

    Sumber: Threads @yujikyunn

    The post ‘Kenapa Lagu Saya Tak Diberi Kemenangan?’ – Yuji Persoal Keputusan AIM-24, Tak Marah Pada Ernie Zakri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah