29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kematian Din Katak Akibat Kemalangan Kereta Mendapat Sorotan Berikutan Kepopularannya Sebagai Penghias Jalur Gemilang

    Shopee Sale



    Sangat dikenali ramai kerana memakai baju Jalur Gemilang, lelaki yang dipanggil sebagai Jamaluddin Malek, dilaporkan maut dalam kemalangan, semalam.

    Cedera parah di kepala

    Menerusi laporan Berita Harian, Jamaluddin terlibat dalam kemalangan berhampiran Balai Polis Paroi, Jalan Seremban-Kuala Pilah. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu membabitkan Jamaluddin yang menunggang motosikal serta dua kereta.

    Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Hatta Che Din berkata, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

    Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Preve yang dipandu seorang lelaki berumur 32 tahun dari arah Seremban menuju ke Kuala Pilah yang berada di lorong kanan tiba-tiba menghimpit ke kiri.

    Kemudian Proton Preve itu melanggar bahagian pintu pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun di lorong tengah.

    Berikutan daripada itu, Perodua Myvi tersebut dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke kiri sebelum melanggar motosikal Modenas Kriss yang ditunggang mangsa di lorong kiri.

    Penunggang motosikal yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan maut di lokasi kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

    Sebelum ini, Jamaluddin atau mesra disapa sebagai Din Katak mengekspresikan semangat patriotisme terhadap negara setiap kali menjelang bulan kemerdekaan. Din akan menghias motosikalnya dengan Jalur Gemilang dan menempah baju Melayu khas berkonsepkan bendera Malaysia.

    MENARIK:  Amir Raja Lawak Dah ‘Ready’ Nak Berlakon Semula – ‘Kalau Ada Watak Sedih Macam Kena Der* Saya Minat’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah