29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RCI TH: Entah berapa banyak lagi kes disorok bawah karpet, soal PAS

    Shopee Sale

    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan mengapa dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) baru didedahkan dan tindakan terhadap pihak yang didakwa menyeleweng baru diambil sekarang.

    Dia turut menempelak alasan bahawa tindakan lebih awal tidak diambil kerana dikhuatiri menjejaskan keyakinan pelabur.

    “Kenapa tidak diambil tindakan sejurus kerajaan memperolehi dapatan RCI ini?

    “Kononnya jika diambil tindakan pelabur akan hilang keyakinan. Walhal tidak mengambil tindakan segera itulah menghilangkan keyakinan pelabur.

    “Jika kes sebesar ini boleh dilengahkan tindakannya, entah berapa kes lagi yang disorok di bawah karpet oleh kerajaan Madani hari ini kita tidak tahu.

    “Itulah yang menyebabkan pelabur hilang keyakinan,” katanya pada kenyataan hari ini.


    BACA BERKAITAN:

    Khairy desak Umno jujur isu Tabung Haji

    Kes Tabung Haji: Polis buka lima kertas siasatan

    RCI Tabung Haji: SPRM cekup bekas CEO, CFO kes beli saham RM370 juta


    Ahli parlimen Pasir Mas itu berkata demikian ketika mengulas penjelasan bekas menteri agama Mujahid Yusof dalam laporan Malaysiakini hari ini.

    Terdahulu, Mujahid yang juga timbalan presiden Amanah berkata pihak yang didakwa “sakau” wang TH sebenarnya telah dinyatakan dengan jelas dalam laporan RCI berkenaan.

    "Ya Allah, engkau tipu duit umat Islam, itu kau tak kata sakau. Engkau tipu akaun umat Islam itu kau tak kata sakau.

    "Dan jangan lupa, dalam RCI juga ada disebut dan digesa antara rekomendasinya untuk mengambil tindakan kepada siapa?

    MENARIK:  Taikun Ananda Krishnan meninggal dunia

    “Kepada kes-kes yang telah dilaporkan di dalam Tabung Haji. Yang itulah sakau kerana tidak ada pemantauan.

    "Tidak ada satu tanggungjawab dalam mana masing-masing nak cari habuan dia," kata Mujahid ketika mengulas pihak yang mempertikaikan penemuan RCI TH yang didedahkan pada 29 Julai lalu.

    Sementara itu, Ahmad Fadhli berkata PAS menyokong tindakan susulan yang diambil walaupun mendakwa terdapat agenda di sebaliknya.

    “Alih-alih sekarang anda mahu jadi juara. Kita sokong tindakan, tetapi kita juga tahu ia ada agenda.

    “Ambillah tindakan, tetapi rakyat sudah hilang kepercayaan kepada kamu. Tunggu sahaja kejatuhan kerajaan Madani dalam pilihan raya umum nanti,” katanya.

    Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan merakam percakapan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun selama lebih enam jam bagi membantu siasatan susulan laporan RCI mengenai TH.

    Rakaman percakapan itu berlangsung di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, bermula pada jam 10.30 pagi dan selesai kira-kira jam 5 petang.

    Menurut sumber SPRM, hanya bekas CFO berkenaan hadir, manakala bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu tidak hadir atas faktor kesihatan.

    Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman berkata rakaman percakapan berkenaan merupakan sesi hari kedua melibatkan bekas pegawai kanan itu selepas dia dibebaskan kelmarin.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah