33.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN bolot kerusi DUN Melaka, PAS pilih tidak terburu-buru – Annuar

    Shopee Sale

    Ketika BN menegaskan untuk mempertahankan semua kerusinya di Melaka, pemimpin PAS mengambil sikap tidak terburu-buru.

    Ahli Jawatankuasa PAS Annuar Musa berkata, partinya menyerahkan kepada pucuk pimpinan berhubung kerusi yang akan ditandingi dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka akan datang.

    “Pucuk pimpinan BN dah isytihar nak bertanding hampir semua kerusi majoriti Melayu untuk mereka.Tinggal satu dua kerusi saja untuk parti-parti lain.

    “Bagi PAS, kita serah pucuk pimpinan dan tidak perlu terburu-buru.

    “Bagi PN saya percaya kita akan berbincang terlebih dahulu. Tidak perlu mendahului perundingan,” katanya yang juga ketua penerangan PN.

    Terdahulu BN dilaporkan akan mempertahankan semua kerusi yang dimenangi mereka sebelum ini.

    MENARIK:  Puad saran Hadi merdekakan rakyat daripada penjajahan politik agama PAS

    Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh selaku pengerusi BN Melaka berazam untuk mempertahankan kedudukan seluruh 21 kerusi yang dimenangi itu.

    Gabungan itu memenangi 21 daripada 28 kerusi di Dewan Undangan Negeri Melaka semasa PRN pada 2021.

    Bagaimanapun pada PRU ke-15 pada 2022, BN gagal memenangi sebarang kerusi parlimen.

    Annuar yang juga bekas pemimpin Umno berkata, jentera dan Jabatan Pilihan Raya PAS akan melakukan kajian sentimen rakyat.

    “Kita amat menghargai aspirasi rakyat Melaka.

    “Amatlah perlu kita cermat membuat perhitungan dan tidak mudah lupa dengan kejayaan yang sudah di capai. Ia sebahagian dari ujian buat kita semua,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah