33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keluarga Susah Dibantu Anzalna Nasir Terima Sumbangan Orang Awam RM10,000 – ‘Menggigil Tangan, Boleh Ke Duit Itu Saya Beli Kereta?’

    Shopee Sale



    Anzalna Nasir

    Sebelum ini, tindakan pelakon, Anzalna Nasir yang membantu sebuah keluarga yang mengalami kepayahan hidup mendapat perhatian ramai.

    Terima sumbangan

    Anzalna Nasir

    Terbaharu, keluarga tersebut memaklumkan menerima sejumlah wang yang banyak hasil sumbangan orang ramai selepas aktres itu berkongsi kod ‘QR’ dan nombor akaun bank miliknya.

    Individu tersebut berkata, dia ingin menggunakan wang sumbangan itu untuk membeli kenderaan baharu.

    Kak (Anzalna) banyak betul duit yang dah masuk, RM10,000. Menggigil tangan saya ini kak. Masya-Allah, duit ini boleh ke saya beli kereta. Bergetar tangan dan kaki dapat sebanyak ini.

    Perkara itu dikongsikan oleh Aznalna dengan memuat naik tangkap layar memaparkan mesej perbualan mereka di Instagram Story.

    Terima kasih membantu

    Dalam pada itu, Anzalna mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu meringankan beban keluarga tersebut.

    Terima kasih rakyat Malaysia yang prihatin. Sekejap sahaja letak nombor akaun. Kita semua berjaya membantu keluarga yang memerlukan.

    Semoga urusan mereka dipermudahkan dan Allah permudahkan juga urusan kita semua. Atas nasihat dan demi keselamatan, saya terpaksa padan nombor akaun keluarga itu.

    Terdahulu, seorang ibu bersama dua anaknya yang berniaga kuih di hadapan sebuah bank mendapat perhatian Anzalna. Difahamkan, keluarga itu ingin mengumpul wang untuk kos rawatan perubatan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Kita Cari Pelakon Yang Berkarisma, Tak Perlu Kacak Pun’ – Rosyam Nor

    Anzalna juga membawa keluarga kecil itu membeli baju raya dan beberapa persiapan menjelang Aidilfitri.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah