Seorang wanita dilaporkan maut selepas memilih untuk bersalin di rumah dengan bantuan suami dan ibu mentuanya.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 9 Tahun Maut, Dipercayai Jatuh Ketika Mandi Di Bilik Air
Artikel Berkaitan: Pelajar Wanita Maut Dipercayai Dibunuh Di Bandar Sunway – ‘Terdapat Kesan Kecederaan Pada Tubuh Mangsa’
Bersalin guna kaedah Youtube

Memetik laporan Hindustan Times, wanita berusia 32 tahun itu melahirkan bayi perempuan di rumah dengan berpandukan video di YouTube.
Mangsa yang berasal dari New Delhi itu mengalami komplikasi apabila uri gagal dikeluarkan sepenuhnya sekali gus mengakibatkan pendarahan yang teruk.
Justeru itu, mangsa segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia susulan keadaannya yang kritikal.
Dilaporkan, pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap suami mangsa atas dakwaan kecuaian sehingga mengakibatkan kematian isterinya.
Sumber: Hindustan Times
The post Wanita Maut Selepas Bersalin Di Rumah, Dipercayai Berpandukan Video YouTube first appeared on OHBULAN!.





