Pelakon Zain Saidin akui tidak mengizinkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana berkecimpung dalam industri seni selagi belum menamatkan pengajian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Faham Perasaan Seorang Bapa, Zain Saidin Kagum Ketabahan Kamal Adli Pertahankan Rumah Tangga – ‘Kau Memang Power Bro’
Artikel Berkaitan: Zain Saidin Imbau Pengalaman Jejak Kaki Di Palestin – ‘Kehadiran Kami Disambut Baik’
Tak halang minat anak

Ketika ditemui , Zain, 42, berkata dia tidak menghalang minat anak terhadap dunia seni namun menegaskan pelajaran tetap menjadi keutamaan.
Menurut pelakon berusia 42 tahun itu, dia enggan komitmen lakonan yang memerlukan tempoh penggambaran panjang mengganggu sesi persekolahan Aaisyah.
Saya tak izinkan dia berlakon sekarang. Tunggu habis sekolah dulu.
Lepas itu, nak berlakon ke nak kahwin, pergi lah.
Ada beberapa tawaran juga yang Aaisyah tapi dia sebenarnya seorang yang pemalu.
Kalau boleh saya tak mahu kacau waktu persekolahan.
Zain berkata demikian ketika ditemui pada set penggambaran Cela yang berlangsung di DSH Villa, Hulu Langat pada Rabu.
Mengulas lanjut, Zain mengakui bimbang melihat pelbagai isu yang dikaitkan dengan pelakon kanak-kanak yang menceburi industri seni pada usia terlalu muda.
Tambah Zain, dia terbuka untuk Aaisyah menerima tawaran kecil seperti iklan selagi tidak mengganggu rutin hariannya sebagai pelajar.
Saya nampak banyak jadi isu bila kita bagi mereka kerja ketika masih bersekolah.
Mereka masih kecil, masih belum pandai nak uruskan perkara dengan matang.
Setakat tawaran kecil, saya tiada masalah. Cuma tidak pada tawaran yang memerlukan komitmen panjang.
The post ‘Banyak Isu Bila Kerja Ketika Masih Bersekolah’ – Zain Saidin Belum Benarkan Aaisyah Ceburi Bidang Seni first appeared on OHBULAN!.





