30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nabila Huda Tak Sabar Nak Hitamkan Semula Rambut ‘Blonde’ – ‘Nampak Pelik, Gaya Ini Hanya Untuk Watak’

    Shopee Sale

    Pelakon, Nabila Huda mengakui sudah tidak sabar untuk kembali mewarnakan rambutnya kepada warna hitam selepas selesai menjalani penggambaran drama bersiri Cela.

    Artikel Berkaitan: Dunia Haiwan Jadi Terapi Ketenangan Nabila Huda – ‘Saya Boleh Tonton Dokumentari Itu Selama Berjam-Jam Tanpa Rasa Jemu’

    Artikel Berkaitan: ‘Nabila Huda Sangat Berbakat, Miliki Aura Pentas Yang Kuat’ – Puteri Aishah

    Rambut blonde

    Nabila, 41, berkata, meskipun ramai peminat memuji penampilan rambut perang yang digayakannya ketika ini, dia sendiri sebenarnya kurang selesa dengan imej tersebut.

    Ramai yang suka dengan penampilan saya sekarang, tapi sejujurnya saya dah tak suka. Bila tengok cermin, saya terus fikir, ‘eh, aku dah benci tengok rambut aku, cepatlah habis shoot supaya boleh warna balik hitam’.

    Bagi saya, rambut warna ini nampak pelik. Mungkin sebab orang dah lama tak tengok saya dengan penampilan macam ini, jadi mereka rasa satu perubahan yang besar.

    Tapi sayangnya, gaya rambut ini hanya untuk watak saya dalam drama Cela sahaja. Memang tak boleh saya kekalkan untuk penampilan lain.

    Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui di lokasi penggambaran drama Viu Originals berjudul Cela di Hulu Langat, Selangor, pada Rabu.

    MENARIK:  [VIDEO] Aqil Zulkiflee & Isteri Selamat Timang Cahaya Mata Perempuan – ‘Alhamdulillah, Kami Dah Jadi Mama & Papa’

    Mengulas lanjut, aktres itu menjelaskan perubahan imej berkenaan dilakukan khusus bagi menghidupkan wataknya sebagai Datuk Anees dalam drama yang dijadual menemui penonton pada Ogos depan.

    Katanya, dia sendiri mencetuskan idea untuk memberikan kelainan kepada karakter tersebut memandangkan kebanyakan watak yang pernah dibawanya sebelum ini tampil dengan rambut hitam.

    Untuk Datuk Anees, saya memang nak dia nampak berbeza. Selama ini banyak watak saya berambut hitam, jadi kali ini saya cuba sesuatu yang lebih segar tetapi masih nampak elegan.

    Saya tak mahu dia kelihatan terlalu stereotaip sebagai seorang Datuk. Dalam bayangan saya, dia wanita yang sudah berusia, rambutnya mula beruban lalu memilih untuk mewarnakannya perang.

    Jadi dia masih nampak bergaya, sofistikated dan muda walaupun usianya meningkat. Idea ini datang daripada saya sendiri dan dipersetujui oleh pengarah serta penerbit.

    Selain Nabila, drama Cela turut dibintangi Hun Haqeem, Zarif Ghazzi, Datuk Sri Eizlan Yusof, Lisdawati dan ramai lagi.

    The post Nabila Huda Tak Sabar Nak Hitamkan Semula Rambut ‘Blonde’ – ‘Nampak Pelik, Gaya Ini Hanya Untuk Watak’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah