30.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mamdani gesa penduduk New York jimatkan elektrik

    Shopee Sale

    GLOBAL | Datuk Bandar New York, Zohran Mamdani, menggesa penduduk mematikan semua peralatan elektrik yang tidak diperlukan ketika bandar raya itu berdepan dengan situasi cuaca panas melampau, lapor Sputnik/RIA Novosti.

    "New York, cuaca di luar sangat panas dan sistem grid elektrik sedang bekerja keras untuk memastikan kita kekal sejuk.

    "Tetapkan penghawa dingin pada suhu 78 darjah (bersamaan 25 darjah Celsius), padamkan lampu serta peralatan elektronik yang tidak digunakan dan cabut plag peralatan yang boleh," kata Mamdani menerusi platform X.

    Menurutnya pentadbiran bandar raya itu turut menetapkan penggunaan penghawa dingin pada suhu 78 darjah di semua bangunan milik pihak berkuasa tempatan, selain memadamkan lampu yang tidak diperlukan.

    Arahan itu dibuat kerajaan ketika permintaan bekalan elektrik berada pada tahap tertinggi.

    MENARIK:  Sabah dan Sri Pahang terikat seri 1-1

    Pada Isnin lalu, ABC News melaporkan gelombang haba dijangka melanda bahagian tengah dan timur AS dengan lebih 100 juta penduduk berada dalam keadaan berjaga-jaga.

    Sejak pertengahan Jun, beberapa negara di Eropah turut berdepan cuaca panas melampau dengan suhu mencecah lebih 40 darjah Celsius di sesetengah kawasan.

    Tahap amaran merah, iaitu amaran tertinggi, dikeluarkan di Perancis, United Kingdom, Belanda dan Itali.

    Sebelum ini, saluran penyiaran France 24 melaporkan sekurang-kurangnya 94 juta penduduk di Eropah dijangka berdepan cuaca panas melampau.

    Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, pada Ahad berkata lebih 1,300 orang maut di Eropah sepanjang minggu lalu akibat cuaca panas melampau.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah