32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lima Pengasuh Didakwa Masukkan Kanak-Kanak Dalam Mesin Basuh, Sembur Air Dalam Mulut & Kurung Dalam Tandas

    Shopee Sale

    Tindakan lima pengasuh di pusat jagaan harian mengundang kemarahan ramai apabila mereka didakwa mendera beberapa orang kanak-kanak berusia di antara dua hingga tiga tahun.

    Artikel Berkaitan: Bekas Pengasuh Simpan Dendam Guna Ilmu Hitam, Anak Kecil Jadi Mangsa Rasuk – ‘Dia Akan Panjat Almari, Meja & Mata Memandang Tajam’

    Artikel Berkaitan: Kes Dera Budak Meningkat, Pengasuh Paling Ramai Ditahan Di Selangor

    Dera kanak-kanak

    Foto: NDTV

    Memetik laporan media, kejadian tersebut berlaku di sebuah pusat jagaan kanak-kanak yang beroperasi dalam kawasan sebuah kampus milik syarikat teknologi maklumat, Capgemini di Bengaluru, India.

    Lima pengasuh tersebut didakwa memasukkan kanak-kanak berkenaan ke dalam dram mesin basuh muatan hadapan. Lebih mengejutkan, mereka turut disembur dengan air ke dalam mulut menggunakan penyembur jet tandas serta dikurung di dalam bilik air sebagai hukuman kerana menangis.

    MENARIK:  Sambutan Hebat! 755,083 Orang Selangor Sudah Tonton Ejen Ali The Movie 2

    Perbuatan itu terbongkar selepas rakaman video yang memaparkan kejadian berkenaan tersebar luas di media sosial sehingga mencetuskan kecaman daripada orang ramai.

    Susulan penularan video tersebut, beberapa laporan polis dibuat selain aduan juga dikemukakan kepada Suruhanjaya Negeri Karnataka bagi Perlindungan Hak Kanak-Kanak.

    Polis kemudian membuka kertas siasatan dan mengenal pasti lima individu yang didakwa terbabit dengan kes ini.

    Dalam pada itu, kejadian berkenaan telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, khususnya mereka yang menghantar anak ke pusat jagaan tersebut.

    Kes ini juga mencetuskan persoalan mengenai tahap keselamatan serta pemantauan terhadap pusat jagaan kanak-kanak yang beroperasi di dalam premis korporat.

    Sumber: NDTV

    The post Lima Pengasuh Didakwa Masukkan Kanak-Kanak Dalam Mesin Basuh, Sembur Air Dalam Mulut & Kurung Dalam Tandas first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah