33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anding Selesa Menetap Di Sarawak, Galas Tugas Sebagai Ketua Keluarga – ‘Kalau Tak Kahwin Pun Tanggungjawab Saya Sudah Besar’

    Shopee Sale

    Pelakon Anding Indrawani berkongsi bahawa dia sudah tujuh tahun menetap di negeri Sarawak bersama keluarga dan meneruskan kerjaya sebagai anak seni di sana.

    Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Kembali Dengan Gerak Khas 2.0, Nafi Guna ‘Kabel’ – ‘Semangat Juang Saya Sebab Minat Dengan Dunia Kepolisian’

    Menetap di Sarawak

    Ketika ditemui , Anding atau nama lengkapnya, Anding Indrawani Zaini, 43, berkata, dia bukan sahaja membina karier di negeri tersebut tetapi turut memberi tumpuan kepada perniagaan yang dijalankan.

    Saya sudah tujuh tahun menetap di Sarawak dan fokus dengan kehidupan di sana. Sepanjang tujuh tahun di sana, saya ditawarkan menjadi pengacara di RTM Sarawak.

    Dalam masa yang sama saya membangunkan perniagaan bersama ahli lembaga pengarah. Syarikat kami merupakan syarikat spin-off kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Kami banyak menganjurkan acara dan menghasilkan produksi.

    Menurut Anding, dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali ke Semenanjung kerana sudah selesa menetap di bumi Kenyalang itu.

    Buat masa sekarang saya tidak fikir untuk kembali menetap di Kuala Lumpur. Saya sudah selesa tinggal di Sarawak bersama keluarga. Sekarang ini saya sudah terbiasa dengan rutin ulang-alik dari Sarawak ke Kuala Lumpur.

    Naik kapal terbang macam naik bas. Selesai sahaja penggambaran, saya akan terus pulang ke Sarawak.

    Anding berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gerak Khas 2.0 yang berlangsung di TGV, Suria KLCC pada Selasa.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Apa Yang Terjadi Biarlah Lepas, Tapi Saya Tak Sondol Rumah Tangga Orang’ – Shaniena Natasya

    Tambah Anding, keputusan tersebut diambil juga demi rasa tanggungjawab terhadap ibunya yang makin berusia.

    Saya tidak boleh berjauhan dengan ibu saya. Sejak ayah meninggal dunia, saya mengambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Saya perlu memantau keselamatan dan kesihatan ibu.

    Ibulah menjadi tulang belakang saya, bukan sahaja dalam kerjaya tetapi juga dalam kehidupan sebagai anak seni. Sekarang ibu saya berusia 67 tahun.

    Meskipun ada adik-beradik lain yang boleh menguruskan ibu apabila saya terpaksa ke Kuala Lumpur, tetapi saya rasa saya perlu ada bersama dia.

    Selain itu, pelakon filem Takluk: Lahad Datu tersebut turut mengambil tugas sebagai ketua keluarga dan berusaha menjalankan amanah dengan baik demi insan-insan tersayang.

    Bila saya cakap tanggungjawab sebagai ketua keluarga, difikirkan semula kalau tak kahwin pun tanggungwab saya dah besar.

    Bukan mudah menguruskan keluarga. Saya kadang-kadang membiayai juga pendidikan anak-anak saudara, bayar bil, jaga keselamatan rumah.

    Saya dah macam ‘bapa’ dałam rumah. Jadi saya anggap saja itu sebagai amal jariah kepada keluarga.

    The post Anding Selesa Menetap Di Sarawak, Galas Tugas Sebagai Ketua Keluarga – ‘Kalau Tak Kahwin Pun Tanggungjawab Saya Sudah Besar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah