32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keluarga Nur Farah Kartini Gesa Individu Fitnah Arwah Hamil Anak Luar Nikah Buat Permohonan Maaf? – ‘Kami Terkesan’

    Shopee Sale



    Nur Farah Kartini

    Ahli keluarga kepada Nur Farah Kartini menggesa seorang individu bernama Nor Fatihah Idris untuk membuat permohonan maaf susulan didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

    Fitnah hamil

    Nur Farah Kartini

    Individu terbabit didakwa telah membuat andaian melulu dan menfitnah arwah hamil anak luar nikah hasil hubungan sulit sulit dengan suspek.

    Teman lelaki dia (Nur Farah Kartini) tu polis dan suami orang. Lelaki itu tak nak bertanggungjawab ke atas Farah sebab mengandung.

    Susulan itu, salah seorang ahli keluarga mangsa tampil bersuara dan meminta individu terbabit untuk membuat permohonan maaf.

    Katanya, kenyataan tidak berasas itu telah mengguris hati ahli keluarga mangsa.

    Saya adik ipar kepada abang mangsa. Mohon pertolongan untuk sampaikan kepada Nor Fatihah Idris untuk buat permohonan maaf secara peribadi dan terus kepada abang serta keluarga mangsa.

    Kami sekeluarga amat terkesan dengan kenyataan tersebut. Minta dia hubungi saya secara peribadi. Terima kasih.

    Terdahulu, mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada jam 6 petang Isnin selepas dilaporkan hilang pada 10 Julai lalu.

    MENARIK:  Adira Suhaimi Hilang Sabar: 'Lama Sudah Saya Diam, Kalau Berani Jumpalah Depan' - Siapa yang Menyebabkan?

    Susulan itu, polis menahan seorang suspek yang juga penjawat awam berusia 26 tahun yang reman di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. Kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan.

    Sebelum ini, polis menerima laporan tentang kehilangan mangsa pada jam 1.56 pagi selepas mangsa menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah