28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ashhry Buat Kejutan Istimewa Buat Jururawat, Chef ‘Ashhryshoshedap’ Masuk Dapur Seawal 6 Pagi

    Shopee Sale

    Pempengaruh dan usahawan, Ashhry Atan, mencuri perhatian apabila meraikan lebih 500 jururawat menerusi satu majlis penghargaan sempena Hari Jururawat Sedunia 2026 yang berlangsung di restoran miliknya, Ashhryshoshedap di Johor Bahru.

    Artikel Berkaitan: Sambutan ‘Birthday’ Anas Zahrin Persis Konsert! Dayang, Hael, Nadeera & Liza Hanim Antara Yang Buat Persembahan

    Ashhry kongsi rezeki

    Menurut Ashhry, dia turut memperuntukkan lebih RM10,000 bagi menyediakan pelbagai juadah makanan Melayu dan pencuci mulut secara percuma buat petugas kesihatan dari beberapa hospital sekitar Johor Bahru.

    Katanya, lebih 20 jenis menu disediakan khas untuk meraikan jururawat yang selama ini banyak berkorban demi masyarakat.

    Lebih 20 jenis menu makanan Melayu dan aneka manisan yang selama ini menjadi cap dagang restoran milik saya dijamu kepada lebih 500 jururawat seluruh Johor Bahru termasuk dari Hospital Sultanah Aminah, Hospital Sultan Ismail, Kumpulan Perubatan Johor dan sebagainya.

    Paling manis dan amat saya hargai ialah chef bertugas sudah siap siaga ‘berperang’ di dapur seawal jam enam pagi lagi.

    Lebih membahagiakan apabila melihat senyuman lebar setiap jururawat yang hadir saat dan usai menikmati menu disediakan. Apabila nampak mereka semua gembira sambil bersua muka walaupun tidak saling mengenali, ia beri satu kepuasan buat diri.

    Bukan niat nak menunjuk

    Tambah Ashhry lagi, idea untuk menganjurkan keraian tersebut hadir daripada inspirasi ibunya selain dorongan abang tersayang, Anas Zahrin, yang sememangnya dikenali gemar membantu dan menggembirakan orang ramai.

    Selama ini kebanyakan meraikan Hari Polis, Hari Guru dan sebagainya. Tak lupa meraikan jururawat dedikasi yang selama ini berjuang di barisan hadapan. Semua ini juga sebagai tanda terima kasih buat golongan mulia ini.

    Saya gembira kerana dapat beramah mesra dengan jururawat yang sudah berkhidmat selama berbelas tahun. Bahkan ada yang sudah lebih dua dekad berbakti tanpa kenal penat lelah.

    Jujur saya tidak mampu menyembunyikan rasa sebak kerana keraian dan sambutan ini menjadi julung kali dianjurkan restoran milik sendiri.

    Dalam pada itu, Ashhry menegaskan segala usaha dilakukan bukan untuk meraih perhatian, sebaliknya mahu mengajak lebih ramai orang melakukan kebaikan.

    Tiada langsung niat untuk menunjuk-nunjuk sikap riak bersedekah atau membantu peniaga kecil mahupun mereka memerlukan.

    Saya percaya contoh yang baik juga menjadi ruang murni untuk menggalakkan lebih ramai orang berbuat hal sama.

    Malah saya juga tidak mengharapkan lebih, cukup doa dipanjangkan dari semua dengan harapan moga perjalanan empayar perniagaan Ashhryshoshedap akan terus maju.

    Untuk rekod, restoran milik Ashhry cukup terkenal dengan pelbagai hidangan seperti Asam Pedas Ikan Pari, Daging Salai Masak Lemak serta menu popular seperti Creamy Butter Clam dan Spaghetti Salted Egg.

    MENARIK:  Keith Foo & Riena Diana Dah Ada Tarikh Kahwin? – ‘Perancangan Tu Ada, Cuma Kami Tak Nak Terburu-Buru’

    Sumber: Threads

    The post Ashhry Buat Kejutan Istimewa Buat Jururawat, Chef ‘Ashhryshoshedap’ Masuk Dapur Seawal 6 Pagi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah