31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jofliam Perjelas Pemilihan Nama Anak – ‘Asmara Lebih Romantis & Puitis’

    Shopee Sale

    Usahawan sensasi Jofliam tampil menjelaskan pemilihan nama buat cahaya mata sulungnya bersama Emira Delyati Dewi yang menjadi bualan hangat di media sosial.

    Artikel Berkaitan: ‘Fitnah Saya Diberi Peluang Jaga Anak Selama Sebulan Kerana Bakal Dipenjarakan, Langsung Tidak Benar’ – Jofliam

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jofliam Kongsi Jumlah Yuran Sekolah Dua Anak – ‘Tahun 2025 RM65k, Tak Termasuk Benda-Benda Lain’

    Penjelasan nama anak

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Jofliam menyifatkan nama yang dipilih untuk cahaya matanya itu sebagai satu nama lelaki yang maskulin.

    Mengulas lanjut mengenai pemilihan nama Asmara, Jofliam memaklumkan bahawa nama tersebut dipilih kerana bunyinya yang lebih romantis dan puitis.

    Nama lelaki maskulin.

    Mengikut kefahaman saya, Asmara membawa maksud cinta dan kasih sayang.

    Kenapa saya pilih Asmara dan bukan Cinta? Sebab Asmara namanya lebih romantis dan puitis.

    Menurut Jofliam, nama tersebut dijangka menjadi perhatian ramai kerana keunikannya yang jarang digunakan pada individu lain.

    Bayangkan kalau nama dia dipanggil dalam kelas. Semua orang pandang.

    Saya akan pastikan anak saya kacak.

    Imbas kembali, nama Dylan Asmara Jofliam meraih perhatian ramai apabila segelintir netizen mempersoalkan pemilihan nama tersebut.

    MENARIK:  Mak Mentua Saya Faham Industri Kerana Beliau Juga Seorang Pemain dalam Industri - Elisya Sandha

    Rata-rata netizen menganggap pemilihan nama ‘Asmara’ kurang sesuai untuk digunakan.

    Untuk rekod, Jofliam mendirikan rumah tangga bersama Emira Delyati Dewi pada 5 April 2025.

    Jofliam sebelum ini pernah berkahwin dengan Cik Epal pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Han dan Yuki namun disahkan berpisah selepas sedekad bersama.

    Sumber: Threads @irakasandra

    The post Jofliam Perjelas Pemilihan Nama Anak – ‘Asmara Lebih Romantis & Puitis’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah