Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui tersentuh melihat semangat seorang remaja mualaf warga asing yang gigih menjual mangga demi kelangsungan hidup.
Artikel Berkaitan: Muka Saya Banyak Digunakan Untuk Scam, Kesian Golongan Kurang Faham Teknologi Akan Terpedaya’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tiada Istilah Menangguk, Kami Sudah Berbincang, Ada Mas Kahwin’ – Aliff Syukri
Aliff Syukri ikhlas bantu remaja mualaf
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman berkata, kisah hidup remaja tersebut membuatkan dirinya kembali mengimbau kehidupan susah yang pernah dilalui ketika zaman kanak-kanak.
Kongsi Aliff lagi, dia pernah berada dalam situasi hampir sama suatu ketika dahulu apabila terpaksa menjual jeruk mangga demi membantu kehidupan keluarga.
Kenapa saya bantu adik ini sebab bila saya tengok dia, saya teringat nasib saya. Cerita adik ini hampir sama seperti kisah saya ketika kecil.
Pernah menjual jeruk mangga. Bila saya tengok dia, saya terus teringat zaman saya dulu.
Dalam pada itu, Aliff turut menitipkan kata-kata semangat buat remaja tersebut agar tidak mudah berputus asa dalam mencari rezeki walaupun terpaksa berdepan pelbagai cabaran hidup di usia muda.
Percayalah cakap saya, tak ada orang lain yang boleh menaikkan martabat kita selain diri kita sendiri. Bangkit dan terus berjuang.
Sumber: Instagram Aliff Syukri
The post ‘Saya Pernah Jual Jeruk Mangga..Bila Tengok Dia, Teringat Diri Sendiri’ – Aliff Syukri Ikhlas Bantu Remaja Mualaf first appeared on OHBULAN!.





