28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM nafi halang mana-mana pihak buat aduan

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menghalang mana-mana individu membuat aduan sebaliknya sentiasa terbuka menerima aduan dan maklumat berkaitan rasuah daripada mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau latar belakang.

    Dalam satu kenyataan hari ini, SPRM menegaskan bahawa dakwaan kononnya suruhanjaya itu menghalang individu daripada membuat aduan adalah tidak benar.

    Menurut SPRM, dakwaan itu merupakan cubaan mewujudkan persepsi negatif terhadap prosedur penguatkuasaan serta tatacara keselamatan yang diamalkan oleh suruhanjaya itu.

    “Untuk makluman, SPRM sentiasa terbuka menerima sebarang aduan dan maklumat berkaitan rasuah daripada mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu terbabit.

    “Walau bagaimanapun, setiap proses pengaduan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) serta protokol keselamatan yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan premis, kelancaran urusan rasmi dan perlindungan maklumat,” menurut kenyataan itu.

    Suruhanjaya itu turut memaklumkan kawalan kemasukan ke premis SPRM adalah amalan standard yang dilaksanakan secara konsisten terhadap semua pengunjung dan tidak bersifat diskriminatif atau bertujuan menghalang mana-mana pihak daripada membuat laporan.

    MENARIK:  Bekas pengerusi pasukan petugas UEC selar timbalan menteri

    Menurut kenyataan itu, premis berkenaan tertakluk kepada peruntukan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 [Akta 298], yang memperuntukkan hanya individu mempunyai kebenaran, pas atau permit sah dibenarkan memasuki kawasan berkenaan serta tertakluk kepada arahan dan pemeriksaan keselamatan oleh pegawai berkuasa.

    “SPRM juga menegaskan bahawa tiada sebarang isu gender seperti yang didakwa dalam proses rakaman aduan atau pengambilan keterangan.

    “Pegawai yang menjalankan tugas adalah tertakluk kepada profesionalisme, etika dan tatacara siasatan yang ditetapkan di bawah undang-undang serta peraturan dalaman suruhanjaya,” menurut kenyataan itu.

    Sehubungan itu, SPRM menolak sekeras-kerasnya cubaan memanipulasi SOP keselamatan dan prosedur penguatkuasaan bagi membina naratif kononnya suruhanjaya itu cuba menyekat atau menghalang proses pengaduan.

    “SPRM kekal komited melaksanakan tanggungjawab secara profesional, bebas dan berintegriti selaras dengan peruntukan undang-undang serta prinsip keadilan,” menurut kenyataan itu.

    Terdahulu, portal berita melaporkan ahli perniagaan, Albert Tei mendakwa beliau dihalang memasuki Ibu Pejabat SPRM ketika mahu membuat laporan berkaitan salah guna kuasa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah