Terjawab segala persoalan! Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan pasangan selebriti popular, Kamal Adli, 39 dan Uqasha Senrose, 33, sah mengikut hukum syarak serta prosedur yang ditetapkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Nekad Mahu Berpisah Dengan Kamal Adli, Kuat Demi Anak
Artikel Berkaitan: ‘Selama Ini Aku Diperbodohkan Oleh Keluarganya & Bapa Saya Dimanipulasi’ – Uqasha Senrose Pertikai Tarikh Akad & Sijil Nikah Berbeza
Wali dihadiri wakil keluarga

Difahamkan, majlis tersebut turut dihadiri oleh wali pengantin perempuan iaitu bapa kandung Uqasha Senorse, Nik Senin Mat Rapin, yang mewaikilkan wakalah wali kepada Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Kawasan Betong 1.
JAIP memperakui, akad nikah yang berlangsung memenuhi semua rukun nikah dan sah dari segi hukum Syarak.
Isu tarikh jadi tanda tanya

Walaupun sudah berkahwin pada 2021, isu ini kembali hangat selepas Uqasha Senrose membuat pendedahan, terdapat perbezaan tarikh yang tertera di sijil perkahwinan dan tarikh yang dia ingat sebagai hari sebenar akad nikah.
Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5/11/2021 jam 9 pagi, tapi rupanya di sijil nikah aku dinikahkan 4/11/2021 jam 9.30 malam tanpa pengetahuan aku.
Kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Instagram milik Uqasha Senrose membuatkan ramai netizen keliru dan tertanya-tanya dengan kesahihan tarikh sebenar majlis akad mereka.
Bagaimanapun, hasil semakan mendapati Uqasha Senrose telah murunkan hantaran tersebut daripada Instagram miliknya.
JAIP tegaskan, nikah sah ikut syarak

Berdasarkan rekod rasmi, akad nikah pasangan selebriti ini dijalankan pada 4 November 2021, dan disahkan sah dari segi syarak serta undang-undang negeri.
Penjelasan itu sekali gus menamatkan spekulasi yang timbul selepas Uqasha mendedahkan bahawa tarikh akadnya pada sijil perkahwinan mereka berbeza. Dengan itu, tiada lagi sebarang isu atau keraguan yang boleh menjejaskan status perkahwinan mereka.
Kamal Adli tak hadir ke mahkamah

Prosiding sebutan pertama kes penceraian pasangan selebriti itu, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang dijadualkan semalam terpaksa ditangguhkan ke 28 Oktober ini.
Penangguhan dibuat selepas Kamal Adli tidak munculkan diri ke mahkamah kerana terikat dengan jadual penggambaran.
Menurut Peguam Syarie, Nurfarhana Abd Manaf, anak guamnya iaitu Uqasha Senrose hadir seawal jam 9 pagi. Namun, prosiding tidak dapat diteruskan disebabkan ketiadaan defendan.
Sekadar info, Uqasha Senrose dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.
The post Kecoh Tarikh Nikah Uqasha & Kamal, JAIP Sahkan Uqasha & Kamal Dah Sah Suami Isteri Sejak 2021 first appeared on OHBULAN!.





