
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah ungkapan yang sesuai untuk diungkapkan kepada pelakon dan usahawan Izara Aishah yang berkongsi kecantikan ibunya, Shafina Khalid.
Persis Aishwarya Rai

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), pemilik nama Izara Aishah Hisham dilihat berkongsi beberapa foto ibunya yang menggayakan baju rekaan eksklusif jenamanya.
Ibu menjadi model untuk ponco Jubba saya.
Apa yang meraih perhatian apabila rata-rata netizen kagum melihat kecantikan ibunya yang tidak dimamah usia.
Selain itu, wajah awet mudanya juga disamakan dengan bintang terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan.
Patutlah anak pun cantik




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji rupa paras ibu kepada menantu Datuk Seri Siti Nurhaliza itu yang tampak seperti seorang kakak. Selain itu, warganet turut memahami kecantikan yang diwarisi oleh Izara.





