Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta mentalnya.
Artikel Berkaitan: Ojen Aiwah Mohon Maaf, Komen ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’ Disalahtafsir – ‘Saya Cakap Dekat Individu Itu’
‘Jangan main agama’

Menerusi beberapa hantaran di Threads, Ojen secara terbuka meminta Tareq agar tidak melibatkan isu agama dalam kemelut yang sedang berlaku antara mereka, selain memohon agar gangguan tersebut dihentikan segera.
Jangan main nama agama. Kau dah kacau mental aku segala sudut. Semua aku buat kau semak, semua salah! Personal aku kau sentuh okay lagi.
Konten staf aku, kau tegur, semua posting aku, kau muncul. Lagu arab aku, kau kondem. Tup tup! sentuh brand, aku ini dah banyak masalah tau dengan mak aku kanser lagi.
Jangan ganggu hidup aku lagi! Tapi abang-abang gym yang kena hentam dengan dia dek kerana jual supplements. Standby belakang Ojen tau. Hadirkan diri, Popcorn Ojen sediakan.
Kau ada Allah? Aku ada adab. Aku ada doa mak aku yang tengah berjuang kanser. Aku ada Allah.
Mengulas lanjut mengenai tindakannya untuk memfailkan saman terhadap Tareq, Ojen menjelaskan perkara itu tiada kaitan dengan isu peribadi, tetapi melibatkan jenama perniagaannya.
Saya saman dia bukan sebab isu peribadi. Rasanya sejak foreigner tu tegur saya, saya tidak berkata apa-apa. Tiada kenyataan daripada saya. Dia ada point dan Alhamdulillah saya berubah menjadi lebih baik.
Mungkin korang menilai berdasarkan sekarang tapi yang kenal saya tahu dari dulu saya lebih struggling. No one akan berubah right after kena tegur kan, pasti ambil masa.
Saya saman dia sebab dia sentuh jenama saya. Bukan teguran biasa. Attach muka, attach video brand sekali dan that’s so wrong information.
Sumber: Threads
The post ‘Kau Ada Allah? Aku Ada Adab & Doa Mak Yang Tengah Berjuang Kanser’ – Ojen Aiwah first appeared on OHBULAN!.





