26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keselesaan Tandas Pelajar: HAK atau KEPERLUAN?

    Shopee Sale



    Kredit Foto: BERNAMA

    Tandas mungkin adalah salah satu aspek yang sering diabaikan dalam konteks pendidikan, tidak kira diperingkat sekolah atau pun institut, yang boleh memberi impak sangat besar. 

    Bayangkan “tempat” ini yang kita pergi setiap hari dan kadang-kadang terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuang hajat tapi disebabkan keadaan dan bau yang kurang menyenangkan kita sanggup tahan sampai berjam-jam. Sakit perut wooo!

    Min ingat lagi dulu time sekolah kalau lepas rehat tu bau tandas memang takyah cakap lah lagi-lagi time tandas tersumbat memang nampaklah sisa-sisa buangan yang tidak di flush. Uwekkk ???

    Guru dan pelajar ‘cleaning team’ tandas sekolah terbaik

    Korang tau tak kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting kalau kita nak tandas sentiasa bersih dan janganlah kita nak harapkan tukang pembersih tandas je buat semua kerja. 

    Guru boleh melakukan pengawasan dan pemeriksaan berkala untuk pastikan tandas sentiasa bersih dan berfungsi dengan baik. Kalau ada masalah mereka juga boleh tangkap gambar dan laporkan pada pihak atasan.

    Selain itu, pelajar juga boleh bantu dalam sediakan atau gantikan barang-barang seperti tisu toilet, sabun, dan alat-alat lain yang diperlukan untuk tandas sekolah. Korang buatlah jadual tugasan so nanti takdelah time nak guna asyik habis je.

    MENARIK:  Sophia Albarakbah Tak Bagi Muka Kepada Buli Siber, Akan Ke SKMM Beri Kenyataan

    Projek selenggara tandas, lebih 8000 sekolah dan institut pendidikan terlibat

    Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapannya tahun ini jelas menekankan pentingnya tandas yang bersih dan berfungsi dengan baik di setiap sekolah dan institut pendidikan demi keselesaan para pelajar dan pendidik.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyalurkan peruntukan kepada agensi pelaksana bawah KPM dan juga kepada ICU Negeri pada 7 Julai 2023 yang lalu.

    Projek ini melibatkan 8,306 sekolah kerajaan dan 48 institut pendidikan bukan sekolah dengan pemberian dana RM70,000 untuk setiap sekolah kerajaan dan RM200,000 bagi institut pendidikan bukan sekolah.

    Jadi, keselesaan pelajar bukan sahaja keperluan, tetapi juga hak yang harus diberi perhatian dalam usaha memberikan pendidikan yang berkualiti dan holistik. 

    Semoga keselesaan ini memberi semangat lagi untuk korang sama-sama menjaga kebersihan tandas!

     

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah