Jenama krim kelapa Kara, cukup sinonim dengan momen kebersamaan apatah lagi apabila musim perayaan tiba.
Sempena bulan Ramadan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2026, Kara sekali lagi kembali menyantuni golongan kurang berkemampuan baik melalui Kempen Kara Satukan Rasa.
Bagi menjayakan kempen tersebut, pelbagai program telah dirangka termasuk sebuah majlis untuk meraikan 50 anak yatim dan 10 ibu tunggal di Rumah Titian Kaseh.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk aktiviti memasak bubur lambuk. Lebih 1500 pek bubur lambuk secara gotong-royong sebelum hidangan tradisi Ramadan itu diagihkan kepada masjid berdekatan, stesen pengangkutan awam dan penduduk setempat.
Persembahan selebriti meriahkan suasana

Kalau korang nak tahu, majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Dato’ Chef Ismail dan persembahan daripada Iman Troye, Datin Alyah dan Izzue Islam. Kehadiran mereka buatkan suasana jadi lebih meriah dan penuh keceriaan.
Iman Troye siap mempersembahkan lagu rasmi Raya Kara Satukan Rasa bersama anak-anak yatim dan lagu ini membawa mesej kebersamaan dan kemeriahan musim perayaan.

Selain aktiviti memasak, Kara turut menyampaikan sumbangan wang tunai RM3,000, bekalan Krim Kelapa Kara selama tiga bulan kepada Rumah Titian Kaseh dan kelengkapan alat tulis kepada kanak-kanak di rumah kebajikan berkenaan bagi membantu meringankan keperluan pendidikan mereka serta memberi galakan untuk terus bersemangat dalam pelajaran.

Pada Majlis tersebut, Akasa dan Dua Kelinci (Deka & TicTac) turut memberikan sumbangan tambahan.
Sementara itu, Kara turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, dalam menyediakan bubur lambuk bagi menyemarakkan kedatangan Ramadan menerusi Program Rewang Ramadan

Kara amat berbesar hati apabila baginda berkenan memilih Krim Kelapa Kara sebagai bahan utama dalam penyediaan bubur lambuk yang diagihkan di tujuh lokasi sepanjang bulan Ramadan ini. Peluang ini amat dihargai kerana membolehkan Kara turut serta dalam usaha murni yang mengeratkan hubungan masyarakat melalui tradisi memasak dan berkongsi juadah.
Kara rasa yang menyatukan
Menurut Pengurus Jenama Kara, Shah Rizal, Kara Satukan Rasa diwujudkan bagi menggambarkan pelbagai cara rakyat Malaysia menikmati kemeriahan perayaan.
“Ia bermula daripada penyediaan juadah sepanjang Ramadan dan sambutan Aidilfitri, sehinggalah kepada detik-detik santai yang sederhana di antaranya. Setiap pengalaman ini membawa RASA yang tersendiri. Melalui kempen ini, Kami ingin meraikan bagaimana Kara menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia dengan menghubungkan pelbagai tradisi, rumah dan generasi dalam satu sambutan yang dikongsi bersama,” tambahnya.
Selari dengan semangat itulah, setiap usaha dan kolaborasi yang dijalankan bukan sekadar tentang makanan, tetapi tentang nilai kebersamaan yang terjalin di sebaliknya.

Melalui momen-momen yang dikongsi inilah, Kara terus dekat di hati rakyat Malaysia sekali gus menjadi sebahagian daripada tradisi yang menghidupkan semangat Ramadan dan Syawal.
Berpegang pada kepercayaan bahawa RASA bukan sekadar untuk dinikmati, tetapi untuk dirasai, Kara Satukan Rasa membuktikan bagaimana setiap hidangan mampu menghubungkan kasih sayang, mengeratkan hubungan, dan mencipta kenangan bermakna bersama insan tersayang.
Jangan lupa kunjungi Facebook, Instagram dan TikTok Kara untuk info terkini mengenai kempen Kara Satukan Rasa.
The post Kara Raikan Ramadan Bersama Anak Yatim & Ibu Tunggal Di Rumah Titian Kaseh first appeared on OHBULAN!.





