Pelakon Ika Nabila memahami perasaan aktres, Kilafairy yang pernah terfikir untuk membuka tudung kerana sukar untuk istiqamah.
Artikel Berkaitan: Kilafairy Terdetik Nak ‘Freehair’, Shera Aiyob Beri Nasihat – ‘Kalau Nak Buat Sesuatu, Fikir Allah Suka Ke Tak’
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Rasa Macam Nak Free Hair Balik? Hujung-Hujung Dah Iman Ini’ – Kilafairy
‘Saya faham, betul-betul faham’

Menerusi satu hantaran, Ika mengatakan bahawa dia benar-benar mengerti perasaan yang dilalui Kilafairy, memandangkan dirinya juga melalui cabaran yang sama dalam proses penghijrahan.
Saya baca perkongsian Kila tentang keinginannya untuk buka tudung dan sejujurnya, saya faham. Betul-betul faham. Membesar dalam persekitaran yang tidak kuat dengan pengamalan Islam, memang biasa tak bertudung, memang susah nak istiqamah.
Menurut Ika, antara cabaran utama yang dihadapi termasuklah tekanan untuk kelihatan cantik, namun dia seringkali berdoa agar terus istiqamah.
Bukan itu sahaja, dia juga memastikan dirinya dikelilingi oleh rakan-rakan yang positif dan menyokong.
Perjuangan untuk nampak cantik, godaan untuk buka tudung tu memang kuat. Saya pun tengah bergelut, dan saya cuma cuba ingatkan diri sendiri untuk terus bertahan, jaga circle saya, dan minta kekuatan daripada Allah.
Kita semua sedang berusaha, kan? Moga Allah beri petunjuk, tutup aib kita, dan permudahkan jalan buat kita semua.
Sebelum ini, anak kepada penyanyi popular era 80-an, Rohana Jalil iaitu Kilafairy mengakui dirinya diuji dengan perasaan ingin kembali tidak bertudung.
Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 32, turut mengakui kini baru memahami betapa sukar untuk kekal istiqamah dalam melakukan sesuatu demi Allah SWT.
Sumber: Threads Ika Nabila
The post ‘Godaan Buka Tudung Memang Kuat’ – Ika Nabila Faham Situasi Kilafairy, Titip Doa & Kata Semangat first appeared on OHBULAN!.





