27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Pakai Lampin Sebelum Tidur & Minum Susu Guna Botol Bayi’ – Isteri Dedah ‘Habit’ Pelik Suami

    Shopee Sale

    Seorang wanita meluahkan isi hatinya terhadap sikap sebenar suami yang hanya terbongkar pada malam pertama selepas selesai majlis perkahwinan mereka.

    Artikel Berkaitan: ‘Fetish Aku Nak Kepala Isteri Aku Botak Licin..’

    Artikel Berkaitan: ‘Masa Tutup Lampu, Dia Lahap & Hirup Darah Period Aku..Memang Itu Syarat Kena Ikut’

    Habit suami pakai lampin

    Menerusi sebuah sesi temu bual podcast, hos yang dikendali oleh dua wanita dilihat membaca luahan hati seorang isteri menerusi emel yang dihantar.

    Menurut luahan yang dibacakan, individu terbabit berkongsi mengenai sikap suaminya yang gemar berkelakuan seperti bayi dengan memakai lampin setiap malam sebelum tidur.

    Malam selepas majlis perkahwinan, saya terkejut melihat suami pakai lampin untuk tidur.

    Mula-mula saya ingat sebab ada masalah yang dialami berkaitan kesihatan.

    Tapi keesokan paginya, dia berperangai seakan budak-budak. Dia kencing dalam lampin.

    Beberapa bulan dah berlalu, ianya menjadi rutin saya tukar lampin suami.

    Hampir sama macam menjaga budak.

    Tidak terhenti di situ, individu berkenaan turut memaklumkan bahawa dia seolah-olah menjaga seorang kanak-kanak apabila suaminya gemar menonton kartun serta minum susu menggunakan botol susu bayi.

    Kadang-kadang bila cuti sabtu ahad, dia akan habiskan seharian pakai lampin, main permainan, tengok kartun, dan minum susu menggunakan botol susu.

    Almari kami penuh dengan lampin dan pakaian yang seakan bayi.

    Sumber: Youtube @the chic code channel

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Buat Kena Sabar’ – Neelofa Kongsi Cara Mudah Buat Capati, Dedah Bilal & Abbas Suka Makan Dengan Madu & Susu Kambing

    The post [VIDEO] ‘Pakai Lampin Sebelum Tidur & Minum Susu Guna Botol Bayi’ – Isteri Dedah ‘Habit’ Pelik Suami first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah