33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami Pernah Rapat Dulu, Saya Sudah Berdamai Dengan Takdir’ – Muaz Zabir

    Shopee Sale



    Muaz Zabir

    Pelakon Muaz Zabir mengakui telah berdamai dengan takdir berkenaan hubungannya bersama penyanyi Bella Astillah.

    Doa yang terbaik

    Muaz Zabir

    Ketika ditemui , Muaz atau Muaz Mohamad Zabir, 28, berkata dia hanya mendoakan yang terbaik buat hubungan Bella yang kini dilihat akrab dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

    Saya dan Bella pernah rapat dan kami sudah berdamai dengan takdir yang tidak boleh diubah. Jadi, kami teruskan kehidupan dengan versi lebih baik.

    Masing-masing sibuk dengan kerja dan tidak tahu sampai mereka jadi fenomena. Sedikit sebanyak boleh bantu produk.

    Nak cakap lebih tak boleh. Seandainya boleh buat masing-masing gembira.

    Muaz berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media Gerobok Biru Gempak Gempita Raya hari ini.

    Tidak pernah nafi hubungan

    Muaz Zabir

    Bercerita lanjut mengenai hubungan dengan Bella sebelum ini, pelakon drama Keluarga Itu tidak menafikan mereka ada hubungan sejak awal kontroversi tersebut tersebar.

    Saya tidak pernah nafi kami pernah rapat dari awal kontroversi kami keluar.

    Kenyataan pertama saya kepada seluruh netizen memang saya tak nafi cuma perkara tersebut sudah berlalu.

    Kami mampu merancang Tuhan yang menentukan, itu sebaik ketentuan.

    Sementara itu, pelakon berusia 28 tahun itu turut memaklumkan hubungannya dengan Bella berada dalam keadaan baik sahaja.

    Saya dengan Bella tiada isu sama ada tidak bertegur atau bergaduh.

    Kami ada juga jumpa untuk mesyuarat bersama duta-duta lain. Jadi, kami memang dalam keadaan baik.

    Terdahulu, Muaz tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Bella.

    MENARIK:  Ayda Jebat Mengadu Alami Bengkak Susu, Seorang Ibu Tampil Beri Petua Tanpa Perlu Suami Urut

    Bella kini dilihat semakin rapat dengan Syed Saddiq selepas bekerjasama sebagai duta produk baju.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah