Hantaran pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengundang kecaman di kalangan netizen apabila ciapan itu disifatkan lucah.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Kurang Senang Tengok Wanita Keluar Tandas Tak Cuci Tangan – ‘Cantik, Handbag Mahal..Perfume Bau Kuat’
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Terkilan, Nama Bapa Dijadikan Bahan Gurauan – ‘Mereka Panggil Anak Si Jebat Derhaka’
Gurau lucah?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat, 33, memaklumkan dirinya mengalami bengkak susu.
Dalam nada berseloroh, Ayda meluahkan rasa bimbang jika bantuan urutan daripada suami boleh menyebabkan keadaan bertukar menjadi sebaliknya.
Tengah bengkak susu. Sakit hanya tuhan yang tahu.
Nak balik cepat. Biar Confinement Lady urut.
Kalau suami urut lama sangat nanti jadi lain pula.
Bagaimanapun, hantaran tersebut menerima kecaman daripada warganet yang menyifatkan pelantun lagu ‘Pencuri Hati’ itu tidak menjaga sensitiviti.
Bengkak susu

Dalam pada itu, individu yang merupakan seorang ibu tampil membantu dengan memberi petua bagi mengelakkan bengkak susu.
Menurutnya, garam Epsom boleh merawat masalah tersebut dengan merendam bahagian yang bengkak selama lima minit.
Kalau bengkak susu tak perlu suruh suami urut, diri sendiri pun boleh saja buat.
Untuk yang tak tahu lagi, boleh cuba rendam puting dalam Epsom Salt dalam 5 minit.
Pastikan air suam ya, jangan panas sangat.
Sumber: Threads @ayda jebat @ayuamirawahab
The post Ayda Jebat Mengadu Alami Bengkak Susu, Seorang Ibu Tampil Beri Petua Tanpa Perlu Suami Urut first appeared on OHBULAN!.





