29 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fara Salleh Tegur Netizen – ‘Ada Butang Unfollow & Block, Bagi Yang Tak Suka Lihat Saya Kembali Kepada Suami’

    Shopee Sale



    Pelawak Shuk Sahar dan isteri, Fara Salleh kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan umrah selepas kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan.

    Teguran untuk netizen

    Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Fara menegur segelintir warganet, berikutan ada yang kurang senang melihat dia berbaik semula bersama Shuk.

    Justeru itu, Fara meminta mereka untuk tidak lagi mengikutinya di aplikasi tersebut andai tindakannya untuk menyelamatkan rumah tangga tidak disenangi.

    Di Instagram ada butang ‘unfollow’ dan ‘block’.

    Bagi sesiapa yang tidak suka saya atau tak suka melihat saya kembali kepada suami dan memperbaiki hubungan kami, sila jauhkan diri daripada Instagram saya.

    Jangan komen yang bukan-bukan di sini. Assalamualaikum.

    Terdahulu, Fara memuat naik sekeping foto memaparkan dua buah passport yang tertera nama ‘Fara’ dan ‘Shuk’. Kemudian Fara berkongsi gambar mereka sedang berada di Madinah.

    Sebelum ini, Fara mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa hantaran mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak.

    MENARIK:  Isu Jemaah Ditipu Syarikat Pengendali Umrah, Michael Ang Dedah Pernah Ditawar Pakej VVIP Percuma – ‘Nasib Baik Tak Terima Sponsor Itu’

    Bukan itu sahaja, Fara juga dilihat meminta Shuk untuk menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk pelawak berusia 38 tahun itu.

    Shuk kemudiannya membuat satu hantaran di IG Story menafikan dakwaan tersebut dan meminta orang ramai untuk menilai dengan menggunakan akal fikiran.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah