
Tindakan pelakon Indonesia, Jefri Nichol meninggalkan komen di ruangan Instagram pempengaruh Ameera Khan baru-baru ini seolah-olah menafikan dakwaan pasangan itu sudah berpisah.
His jewel

Terbaru, Ameera atau lebih mesra disapa Little Miss Khan (LMK), 24, memuat beberapa gambar dirinya mengenakan barangan kemas dengan kapsyen ‘his jewel’.
Menerusi hantaran itu, Ameera juga dilihat membuat penandaaan nama Jefri pada permulaan gambar.
Jefri kemudiannya meninggalkan komen romantis meluahkan rasa sayang terhadap Ameera.
Kalau saya ke medan perang, inilah foto yang saya akan simpan dalam dompet.
Komen tersebut seakan memberi petunjuk cinta mereka masih kekal utuh bersama sehingga hari ini.
Sebelum ini, Ameera dilihat memadam gambar Jefri di Instagram miliknya hingga menimbulkan pelbagai tanda tanya.





