31.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Czer Jangan Makan Pati Ikan Haruan, Belah Dalam Jadi Tak Cantik’ – Ayda Jebat

    Shopee Sale

    Mempunyai pengalaman melahirkan anak secara pembedahan atau ‘czer’, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkongsi mengenai tips pemakanan untuk wanita yang mengalami situasi sama.

    Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Kongsi Kejadian Misteri Semasa Tidur, Dedah Anak Sulung Sering Nampak Kelibat Makhluk Halus – ‘Dia Tanya Kenapa Nenek Itu Datang Sini?’

    Artikel Berkaitan: Anak Ayda Jebat Nampak Hantu Dalam Bilik Air Rumah, ‘Dia’ Ikut Nabil Balik Lepas Buang Sampah?

    Tips pemakanan

    Ayda, 33, berkata, doktor yang merawatnya ketika melahirkan anak pertama memaklumkan bahawa tiada pantang larang dalam makanan untuk wanita yang melalui proses itu.

    Boleh saja makan apa-apa selagi tak gatal. Masa anak pertama, saya ada tanya doktor saya ‘ada makanan yang tak boleh dimakan ke?

    Dia cakap semua boleh makan, kalau orang cakap tak boleh makan ayam, tak boleh makan kicap, sebenarnya boleh saja makan. Bagus makan ayam, protein.

    Selagi tak gatal, boleh saja makan. Cuba dulu makan sikit-sikit.

    Bagaimanapun, pelantun lagu Pencuri Hati itu memberitahu, doktor ada berpesan agar tidak mengambil pati ikan haruan memandangkan makanan itu kurang sesuai untuk jahitan dalam.

    Jangan makan pati ikan haruan saja. Yang itu dia tak bagi. Doktor saya memang tak bagi, kalau czer tak boleh makan pati ikan haruan.

    Ada yang kata pati ikan haruan itu kononnya cepat sembuhkan luka. Tapi belah dalam kan jahit, nanti boleh melekat-lekat, jadi tak cantik. Jadi, tak baik untuk wanita yang czer.

    Untuk rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.

    MENARIK:  Bekas Adik Ipar Iqbal Zulkefli Menikah Lagi Selepas 4 Bulan Bercerai

    Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Ana Nayla dan Aali Mateen.

    Sumber: TikTok

    The post ‘Kalau Czer Jangan Makan Pati Ikan Haruan, Belah Dalam Jadi Tak Cantik’ – Ayda Jebat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah