Walaupun sudah bergelar isteri kepada aktor kacak, Syafiq Kyle, pelakon, Mimi Lana tidak pernah meletakkan syarat agar mereka digandingkan bersama dalam urusan produksi atau jenama produk.
Artikel Berkaitan: Mimi Lana Pohon Doa Netizen, Luas Hasrat Mahu Anak Kembar – ‘Ramai-Ramai Doa Senang Termakbul’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mimi Lana Tak Lepas Peluk Syafiq Kyle Di ‘Wedding’ Eyka Farhana, Netizen Berseloroh – ‘Ya Tahu, Kami Tak Ambil Suami Awak’
Tiada syarat

Ketika ditemui , pemilik nama Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, berkata dia tidak pernah menyuarakan tentang perkara itu malah mempercayai masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Tak semestinya dah kahwin pihak yang nak dapatkan khidmat kami perlu ambil kami berdua sebagai pakej. Saya tak pernah gariskan syarat apa pun, Syafiq juga serupa.
Masing-masing punya kekuatan tersendiri malah setiap seorang antara kami mungkin sesuai untuk produk atau jenama secara solo. Tiada masalah pun muncul seorang.
Syarikat yang mengajukan tawaran lebih tahu. Sebelum ini juga banyak jenama kami wakili sendirian. Kalau berdua, itu bonus. Bukan kerana kami letak syarat.
Mimi berkata demikian ketika ditemui selepas mempromosikan produk Nivea Luminous Skin Glow Serum, baru-baru ini.
Beri sokongan

Ketika ditanya sama ada dia dan suami mahu menubuhkan syarikat produksi, Mimi berkata pada masa ini dia hanya mahu menjadi tulang belakang kepada Syafiq yang dalam usaha mengembangkan kerjaya penerbitan.
Syafiq sendiri bersama rakan kongsinya sudah lama menjadi penerbit menerusi Indigo Films yang sebelum ini hasilkan drama berjudul Doh.
Sebagai isteri serta individu yang melihat kesungguhannya dengan kerja belakang tabir, saya teruja apabila suami akan melangkah sebagai pengarah drama tahun depan.
The post ‘Kalau Berdua Bonus, Tapi Tidak Pernah Letak Syarat Ambil Kami Sebagai Pakej’ – Mimi Lana first appeared on OHBULAN!.





