25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Dia Cuma Tanya Adakah Saya Sembahyang?’ – Anak Dakwa Zainal Abidin Tiada Usaha Untuk Berdamai

    Shopee Sale



    Menerusi sebuah temu bual audio siar (podcast), anak kepada penyanyi Datuk Zainal Abidin iaitu Timur Gabriel mendakwa hubungan mereka sebagai anak beranak sudah terputus sejak sekian lama.

    Tak berkomunikasi?

    Menurut dakwaan Timur, mereka menyimpan nombor masing-masing namun, tidak berkomunikasi. Timur turut mendakwa pelantun suara ‘Hijau’ itu enggan mengambil tahu mengenai dirinya.

    Berbicara lebih lanjut, Timur mendakwa hubungan sepi bersama Zainal masih berlarutan dan seolah-olah tiada jalan penyelesaian untuk berdamai.

    Kami berdua simpan nombor masing-masing, tetapi dia tidak berminat untuk bertanya khabar saya.

    Dia memang tidak menghubungi saya atau mengucapkan selamat hari lahir atau selamat hari raya. Kalau kami berhubung, dia cuma bertanya ‘adakah saya sembahyang?

    Dakwa Timur lagi, Zainal tidak pernah memberikan perhatian terhadapnya malah kali terakhir dia dipercayai menerima ucapan Hari Raya atau Ulang Tahun adalah ketika usianya sembilan tahun.

    MENARIK:  Amira Othman Titip Ucapan Hari Jadi Buat Bakal Suami – ‘Semoga Yang Baik-Baik Untuk Manusia Sebaik Awak’

    Terdahulu, Timur tidak teragak-agak untuk mendedahkan segala perbuatan bapanya kepada umum sekiranya selebriti itu terus berbohong mengenai konflik sebenar yang terjadi antara mereka.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Head Over Heels Podcast (@theheadoverheelspod)

    Sekadar info, Timur Gabriel merupakan anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isteri, Natasha Gabriel.

    Zainal dan Natasha mendirikan rumah tangga pada Mac 1987, namun disahkan bercerai pada Disember 2000. Selain Timur, pasangan itu juga dikurniakan seorang anak lelaki.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah