26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kacamata’ Mewakili Era Lagu-Lagu Pop Afgan – ‘Single Ini Amat Tepat Untuk Buka Tirai Album Baharu’

    Shopee Sale

    Penyanyi tersohor Indonesia, Afgan, kembali ke akar muzik pop yang mempopularkan namanya menerusi single terbaharu berjudul ‘Kacamata’.

    Menariknya, lagu itu juga menjadi pertaruhan  pertama Afgan yang dimuatkan dalam album ketujuhnya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, berjudul Retrospektif.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Mahu Berkahwin Kerana Allah, Cinta Sahaja Tidak Cukup’ – Afgan

    Artikel Berkaitan: Afgan Kembali Ke Kuala Lumpur Dengan ‘Afgan Retrospektif Showcase’ – ‘Saya Mahu Setiap Lagu Memberi Makna & Memori’

    Pengorbanan yang sia-sia

    Lagu ‘Kacamata’ mengekalkan identiti pop yang sinonim dengan Afgan, namun diperkaya dengan elemen R&B moden dan produksi muzik yang lebih kontemporari. 

    Dari segi tema, lagu ini membawa kisah tentang seseorang yang sanggup mengubah diri dan sudut pandangnya demi cinta, akhirnya menyedari bahawa semua pengorbanan itu sia-sia kerana diberikan kepada insan yang salah.

    Ia menjadi metafora tentang kehilangan jati diri, pengkhianatan terhadap diri sendiri, serta makna sebenar cinta yang tulus.

    Afgan menyatakan, album Retrospektif dihasilkan sebagai perjalanan pulang ke akar muzik ketika di awal kemunculan. 

    Bagi saya, Kacamata sangat mewakili era itu. Selama 15 tahun berkarya, saya dikenali dengan imej berkaca mata dan lagu-lagu pop, jadi secara simbolik, single ini amat tepat untuk membuka tirai album baharu saya.

    Dalam proses kreatif, Afgan bekerjasama dengan tiga pemuzik berbakat iaitu Iqbal Siregar, Petra Sihombing, dan Kamga Mohammed. 

    Iqbal membawa idea awal berupa melodi yang menarik untuk bahagian korus, yang kemudian dikembangkan bersama hingga siap dalam tempoh hanya dua jam.

    Petra bertindak sebagai penerbit dan komposer, manakala Kamga turut berperanan sebagai pengarah vokal di samping menjadi komposer bersama.

    Proses rakaman lagu ini berlangsung pantas namun teratur yang mana sesi rakaman vokal diselesaikan dalam setengah hari, manakala keseluruhan produksi muzik termasuk proses ‘mixing’ dan ‘mastering’ disiapkan dalam tempoh sekitar dua bulan.

    Jangan berharap dengan manusia

    View this post on Instagram

    A post shared by Afgan (@afgan__)

    Afgan mengakui tidak sabar untuk memperkenalkan karya ini kepada pendengar dan pencinta muzik yang sudah lama merindukan warna muzik asalnya.

    MENARIK:  Uqasha Senrose Beritahu Diri Hamil Dalam Video, Tapi Kamal Adli Tidak Seperti Dalam Drama – 'Itu Hanyalah Berlakon'

    Menurut Afgan, selain membawa simbol perjalanan muziknya, ‘Kacamata’ juga menyampaikan pesan yang mendalam.

    Jangan terlalu berharap pada manusia, kerana satu-satunya yang boleh kita sandarkan hanyalah Tuhan. Lagu ini ibarat peringatan untuk kita semua agar tidak kehilangan diri sendiri ketika berhadapan dengan kekecewaan.

    Dengan ritma yang ringan dan lirik yang mudah diingati, Kacamata ialah lagu yang memberi rasa positif sekali gus membuat pendengar tersenyum di tengah kegalauan, menyedarkan kita bahawa hidup tak selamanya berat, dan mengajak kita menikmati setiap fasa kehidupan.

    Selain itu, muzik video ‘Kacamata’ diarahkan oleh Shadtoto Prasetio dan menampilkan konsep visual bernuansa nostalgia era 90-an minimalis dengan sentuhan moden yang segar.

    Dalam video tersebut, Afgan bergandingan dengan pelakon Yuki Kato menerusi adegan permainan catur iaitu simbol perjalanan cinta yang penuh strategi, langkah maju, undur, pertahanan dan pengorbanan.

    Menariknya, lagu ini turut menonjolkan permainan gitar sebagai elemen utama, berbeza daripada kebanyakan karya Afgan terdahulu yang lebih berteraskan piano dan orkestra.

    Single terbaharu Afgan ini sudah boleh didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 10 Oktober 2025.

    Manakala album penuhnya, Retrospektif, dijadualkan untuk dilancarkan pada bulan November 2025.

    The post ‘Kacamata’ Mewakili Era Lagu-Lagu Pop Afgan – ‘Single Ini Amat Tepat Untuk Buka Tirai Album Baharu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah