Acara larian santai paling dinanti, Jom Heboh Fun Run 2025 bersama Harian Metro bakal berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 9 November ini.
Jom Heboh Fun Run 2025

Acara sempena Karnival Jom Heboh 2025 ini menawarkan hadiah percutian keluarga ke luar negara untuk empat orang lengkap dengan tiket penerbangan, penginapan serta Pelan U Family 128 percuma selama 12 bulan daripada U Mobile kepada pemenang cabutan bertuah utama.
Selain itu, peserta turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM40,000, antaranya televisyen 50 inci, skuter, robot vakum, air fryer, beg perjalanan dan pelbagai barangan menarik lain.
Menurut Pengarah Projek Karnival Jom Heboh, Eileen Lim, edisi kali ini membawa nafas baharu kepada karnival ikonik yang kini meraikan ulang tahun ke-22 penganjurannya.
Jom Heboh Fun Run kali ini bukan sekadar acara larian santai, ia satu pengalaman komuniti penuh hiburan, ganjaran dan semangat kekeluargaan.
Kami mahu semua peserta berlari sambil berseronok, menikmati suasana meriah dan pada masa sama berpeluang membawa pulang hadiah impian seperti percutian keluarga ke luar negara.
Lebih menarik, peserta juga akan berlari bersama barisan artis popular tanah air seperti Farah Nabilah Wazer, Fahiz Ariff, Barr Zaizan, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Fatin Hamimah, Muaz Mohamed, Drama Band dan ramai lagi.
Setiap peserta yang mendaftar akan menerima baju rasmi larian, running bib dan beg galas eksklusif berisi goodies bernilai lebih RM50 daripada jenama terkenal seperti Famous Amos, Munchy’s, Kinohimitsu, Floridina, Daia, Nutox, Yogood dan banyak lagi.
Kami pastikan setiap peserta tidak pulang dengan tangan kosong. Walaupun datang sekadar untuk berseronok, mereka tetap dapat membawa pulang pelbagai barangan menarik hasil tajaan jenama terkenal,.
Orang ramai yang berminat diseru segera mendaftar sebelum tarikh tutup pada 2 November 2025, untuk menyertai Jom Heboh Fun Run 2025.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan maklumat lanjut DI SINI
The post Jom Heboh Fun Run 2025 Tawar Hadiah Percutian Keluarga Ke Luar Negara! first appeared on OHBULAN!.





