24.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Johan Hampir Terlepas Pesawat Tunai Haji, Berlaku Kekeliruan Nama Pada Visa

    Shopee Sale



    Penyampai radio Hot FM, Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk ke Makkah bagi mengerjakan ibadah haji selepas berlaku kekeliruan nama pada visa miliknya.

    Syukur segalanya dipermudah

    Memetik laporan Awani, Johan memaklumkan kekeliruan itu wujud sewaktu dirinya dan isteri, Ozlynn hendak berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menggunakan pesawat SAUDIA.

    Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz berasa sangat bersyukur kerana kekeliruan tersebut berjaya diselesaikan tanpa sebarang masalah.

    Alhamdulillah, selepas lebih sejam berurusan dengan pihak penerbangan, isu itu dapat diselesaikan.

    Menurut Johan, masalah itu berlaku selepas nama penuhnya tidak tercetak pada visa miliknya namun dia tetap tenang berdepan dengan masalah tersebut dan menganggap ia sebagai satu ujian untuknya sebelum berlepas ke Mekah.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Sesetengah Orang Bash Untuk Buat Diri Mereka Rasa Lebih Bagus’ – Que Haidar Tak Peduli Komen Negatif Trend ‘Jamilah’

    Sekadar info, Johan dan Ozlynn serta 11 lagi pengamal media yang mendapat jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi telah berangkat ke Makkah pada 7 Jun lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah