Meskipun trend ‘Jamilah’ mengundang rasa kurang senang segelintir pihak, namun pelakon Que Haidar memilih untuk kekal tenang dan enggan mengambil pusing.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jamilah, Jangan Lari..Saya Cari Awak’ – Que Haidar
Artikel Berkaitan: Que Haidar Dihujani Kritikan, Ramai ‘Sakit Mata’ Tengok Imej Baju Tak Berbutang Di GV – ‘Hormat Etika Program’
Trend Jamilah
View this post on Instagram
Menurut Que, 46, dia tidak berminat memberi perhatian kepada komen-komen sinis, sebaliknya kini lebih fokus menjalani hidup dengan penuh ketenangan.
Sebenarnya ramai saja yang buat, tapi bila saya yang buat terus nampak salah.
Bukan nak kata saya besar, cuma kalau boleh saya tak nak ulas mengenai perkara itu.Saya sudah lebih 20 tahun dalam industri… sekarang saya cuma nak nikmati hidup saja.
Que berkata demikian ketika Majlis Meet and Greet sebagai duta Jakel 2026, di Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Kata pemilik nama Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, ada segelintir yang memilih untuk menghentam semata-mata untuk menampakkan diri mereka lebih bagus.
Kalau mengutuk atau memandang rendah tindakan saya boleh buat mereka dapat perhatian dan rezeki baguslah.
Sesetengah orang akan bash kita untuk buat diri mereka rasa lebih bagus.
Jelas Que lagi, dia tak ambil hati dengan kata-kata yang dilemparkan sekiranya perkara itu mampu membuatkan pihak berkenaan rasa gembira.
Tapi saya tak macam itu. Biarlah orang nak cakap atau buat apa pun. Kalau itu menggembirakan mereka, Alhamdulillah.
Di samping itu, bapa kepada dua cahaya mata ini, turut meluahkan rasa terharu kerana ramai juga yang terjebak dengan trend itu termasuk rakan seindustri.
Saya simple saja. Saya nak jalani hidup dengan tenang dan jaga diri saya. Saya bangga sebab perkara kecil seperti itu saya anggap sebagai satu bentuk sokongan daripada rakan industri.
‘tu juga menjadi kekuatan untuk saya bangkit kembali dalam industri.
Dalam perkembangan lain, rezeki Que makin bertambah selepas diumumkan sebagai duta Jakel 2026 bersama Kamal Adli dan Elly Mazlein.
Pelakon Filem Popular Anugerah Berita Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 2008 dan 2009, berterima kasih kepada pihak Jakel atas pelantikan itu serta memberi peluang untuknya mendekati peminat dalam suasana meriah.
Saya hargai setiap sokongan mereka. Jakel beri ruang untuk saya bertemu peminat dengan lebih dekat, dan hari ini benar-benar luar biasa.
Selain berpeluang bertemu Que, pengunjung turut berpeluang memenangi hadiah bernilai hampir RM30,000 termasuk gajet terkini dan barangan eksklusif.
The post [VIDEO] ‘Sesetengah Orang Bash Untuk Buat Diri Mereka Rasa Lebih Bagus’ – Que Haidar Tak Peduli Komen Negatif Trend ‘Jamilah’ first appeared on OHBULAN!.





