29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jofliam, Dewi Sah Bergelar Suami Isteri

    Shopee Sale



    Teka-teki akhirnya terjawab, usahawan dan pempengaruh, Jofliam selamat mendirikan rumah tangga bersama wanita bernama Emira Delyati Dewi pada Sabtu.

    Nikah hari ini

    Berita gembira itu dikongsikan oleh perancang acara, Munstara Event menerusi Instagram Stories, sebentar tadi.

    Dalam perkongsian tersebut, Jofliam mengenakan persalinan baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok dan bersampin.

    Sementara itu, hantaran tersebut turut memperlihatkan Dewi mengenakan busana putih serta bertudung sedang bersalaman dengan Jofliam.

    Terdahulu, persengketaan antara Jofliam dan bekas isterinya Cik Epal masih tidak mencapai kata putus selepas mereka mendedahkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain.

    MENARIK:  [VIDEO] Giliran Marsha Milan Banggakan Malaysia! Vokal Power Bergema Di Bumi Shanghai

    Dewi yang merupakan pekerja Jofliam didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan itu.

    Jofliam kemudian mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan Dewi dan memaklumkan akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

    Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.

    Bagaimanapun, mereka bercerai pada tahun lalu selepas 10 tahun hidup bersama.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah