
Pelakon Indonesia, Jefri Nichol memberi pujian terhadap kehebatan pelakon Sharnaaz Ahmad dalam filem Blood Brothers: Bara Naga yang kini sedang ditayangkan di pawagam.
‘Filemnya bagus’

Menerusi perkongsian di Instagram, Jefri memuji aktor tersebut selepas kekasihnya, Ameera Khan membawanya menonton di pawagam.
Blood Brothers bagus gila!
Nak jadi gengster seperti Ghaz (watak Sharnaaz).
Hantaran tersebut mendapat perhatian pelakon filem Juvana itu dan dia meluahkan rasa syukur terhadap pujian yang diberi oleh Jefri.
Terima kasih adik terpaling kacakku!
Kedua-dua individu itu saling berbalas dan Jefri sekali lagi memberi respons kepada Sharnaaz dengan menyatakan dia adalah abang yang paling garang.
Terima kasih abangku paling garang dengan jambang dari syurga.
Blood Brothers di pawagam sekarang!
Difahamkan, pelakon Indonesia itu kini berada di Malaysia dan dilihat sedang meluangkan masa bersama adik kepada usahawan Neelofa.





