Penyampai radio dan bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin menyanjung perjalanan perniagaan yang bermula dengan modal kecil RM20,000 dan kini berjaya mencatat hasil jualan mencecah RM4 juta sebulan.
[VIDEO] ‘Saya Nak Jadi Diri Sendiri, Fokus Hubungan Dengan Allah’ – Anak Nora Ariffin Pilih Buka Tudung
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pasangan ‘Rakan Serumah’ Syukur Majlis Nikah Dipermudah, Fattah Amin Panggil Amira Othman ‘Isteri Syurga’
Terharu dipuji

Pengasas Gula Cakery, Arieni Adriena, menyifatkan pengiktirafan itu sebagai sesuatu yang amat bermakna.
Saya rasa sangat terharu apabila YB Khairy Jamaluddin puji usaha kami. Beliau memang seorang pemimpin yang saya hormati.
Pada masa yang sama, pujian itu buat saya rasa saya perlu buat lebih baik lagi supaya Gula Cakery terus kekal kukuh dan berkembang.
Kisah Gula Cakery bermula secara kecil-kecilan dengan simpanan sendiri dan ‘baking’ dari rumah keluarga. Setiap keuntungan digunakan semula untuk membuka outlet baharu, selain menyertai pelbagai pertandingan bagi mendapatkan modal tambahan dan peluang bimbingan.
Kata Arieni, sentiasa rajin mencipta pencuci mulut (dessert) baharu serta terbuka dengan maklum balas pelanggan, serta memiliki pasukan yang konsisten, adalah formula yang membawa Gula Cakery daripada modal kecil kepada empayar jutaan ringgit hari ini.
Bagi Arieni, rahsia kejayaan bukan sekadar pada resipi, tetapi pada misi yang ingin dicapai.
Prinsip saya mudah, ‘never stop learning’. Saya belajar resepi baharu, operasi dan kepimpinan. Pemikiran (mindset) ini buat saya berani ambil peluang dan sentiasa perbaiki diri serta bisnes.
Bagaimanapun, perjalanan perniagaannya juga mempunya cabaran terutamanya industri F&B yang semakin kompetitif.
Cabaran paling besar adalah untuk terus relevan. Kami atasi dengan inovasi berterusan, tingkatkan pengalaman pelanggan, serta pastikan servis dan kualiti sentiasa konsisten.
Mula dengan modal kecil

Arieni turut menitipkan pesanan kepada anak muda agar tidak takut untuk memulakan langkah kerana hanya memiliki modal atau pengalaman yang terhad.
Jangan tunggu semua sempurna. Saya pun mula dengan modal kecil dan pengalaman terhad. ‘Passion’ itu penting tetapi tak cukup, perlu ada konsistensi dan disiplin untuk bertahan.
Mulakan langkah pertama dan belajar dari setiap cabaran, di situ letaknya kekuatan sebenar.
Walaupun kini bergelar usahawan berjaya, nilai kerja yang dipegang sejak awal tetap sama: kejujuran dan kualiti.
Setiap kek mesti rasa sedap sama seperti hari pertama. Pelanggan mesti rasa dihargai. Itu yang buat orang percaya dan kembali lagi.
Melihat ke hadapan, Arieni bercita-cita untuk perkenalkan Gula Cakery di seluruh Malaysia sebagai jenama F&B tempatan terbaik dan pusat sehenti untuk kek, makanan dan pencuci mulut (dessert).
Saya mahu Gula Cakery dikenali sebagai jenama F&B tempatan terbaik. Kami akan membuka lebih banyak outlet di setiap negeri supaya bila orang fikir tentang sambutan atau perayaan, nama Gula Cakery terus jadi pilihan pertama.
The post ‘Jangan Tunggu Semua Sempurna, Saya Mula Dengan Modal Kecil & Pengalaman Terhad’ first appeared on OHBULAN!.





