28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aina Abdul Syukur Ramai Puji Persembahan Lagu ‘Cinta’ Di Konsert Melly Goeslaw

    Shopee Sale

    Penyanyi, Aina Abdul enggan terlalu bersorak gembira atas pujian diberikan selepas dia dikatakan menjadi penyelamat Konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Menulis Dalam Diam, Sesuatu Yang Sedap Di Halwa Telinga’ – Aina Abdul

    Artikel Berkaitan: Aina Abdul Nafi ‘Bersara’ Bertanding AJL, Hanya Akan Hantar Karya Berkualiti – ‘Masih Terlalu Awal Untuk Berhenti’

    Melly tak sihat

    Meskipun mengakui terharu dengan pujian itu, Aina atau nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 32, mendedahkan bahawa tahap kesihatan Melly pada malam tersebut tidak berada dalam keadaan baik sehingga menjejaskan kualiti persembahannya.

    Saya tak mahu ulas tentang komen netizen. Bagi saya, macam nampak mementingkan diri kalau saya raikan perkara itu sebab saya sangat idolakan Melly.

    Ramai tak nampak apa yang berlaku di belakang pentas, saya nampak sendiri keadaan Melly yang memang tidak sihat. Selama dua tiga hari dia bertarung dengan kesihatan. Tapi dia tetap cuba gembirakan semua.

    Niat saya dan Melly memang nak ‘sing-along’ bersama peminat pada malam itu, dan saya rasa kami berjaya. Saya doakan dia cepat sembuh, kembali berkarya dan terus menghibur.

    Aina berkata demikian ketika ditemui di sidang media Raise The Star yang berlangsung di sekitar ibu kota, pada Khamis.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Muka Tak Boleh Jual’ – Remy Ishak Dedah Pernah Kena ‘Reject’ Dengan Penerbit

    Kesedihan terbayar

    Dalam pada itu, Aina turut diminta mengulas mengenai ramai yang mula membuka mata dan meminatinya selepas dia menyampaikan lagu berjudul Cinta pada malam konsert berkenaan dengan cemerlang.

    Saya tak sangka orang boleh komen begitu (memuji persembahan). Saya rasa ramai tak suka saya sejak kemunculan di AJL39 lalu.

    Benda tu memang ganggu fikiran saya selama beberapa bulan. Sebab itu saya bawa diri ke negara seberang untuk mencari arah baru untuk dapat semangat kembali berkarya.

    Maksudnya kesedihan saya sebelum ini tak sia-sia. Lambat-laun, hati yang tulus dan jujur tetap akan diterima.

    Terdahulu, konsert Ada Apa Dengan Melly…? Prom Nite pada 31 Mei lalu menerima kecaman susulan nyanyian Melly disifatkan tidak menepati jangkaan penonton.

    Bagaimanapun, kemunculan pemenang Juara Anugerah Juara Lagu ke-37 itu sebagai penyanyi jemputan menerusi lagu Cinta dianggap sebagai penyelamat konsert tersebut.

    Dalam perkembangan terkini, Aina bakal menjurikan program Raise The Star yang bakal bersiaran di Astro Ria bermula 22 Jun ini.

    Selain Aina, kerusi juri turut dibarisi komposer terkenal tanah air seperti Ajai, Audi Mok, Shila Amzah dan Ikhwan Fatana.

    The post Aina Abdul Syukur Ramai Puji Persembahan Lagu ‘Cinta’ Di Konsert Melly Goeslaw first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah