27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan Toleh Ke Belakang, Apa yang Allah Sayang – Amelina

    Shopee Sale



    Penyanyi dangdut iaitu Amelina sempat menitipkan nasihat dan semangat buat aktres, Bella Astillah susulan isu rumah tangganya dengan suami, Aliff Aziz.

    Semoga terus tabah

    Menerusi sebuah posting di Instagram Story, Amelina berharap Bella terus tabah dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah. Tambah Amelina, Bella tidak perlu berasa malu mengaku kesilapan lampau. Ini kerana, kesilapan boleh menjadi satu pengajaran buat semua individu untuk terus berdiri di kemudian hari.

    Jangan toleh ke belakang. Buang! Orang teraniaya Allah sayang. Rezeki anak-anak sentiasa ada. Cuma jadikan nawaitu awak melangkah itu bukan kerana kecewa atau dendam tetapi kerana memperjuangkan nasib diri dan anak-anak.

    Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Asyik’ ini turut berkata, masyarakat di luar sana tidak selamanya akan bersimpati terhadap dugaan yang menimpa diri kita.

    Selepas ini, awak hanya perlu dapatkan kekuatan semangat awak. Jangan biarkan diri awak ditatih oleh orang. Awak kena faham, selagai nawaitu kita di landasan yang benar kita akan tenang. Percayalah, serahkanlah diri awak, anak-anak awak ke dalam lindungan Allah. InsyaAllah awak akan tenang-setenang Kak Long sekarang.

    MENARIK:  [VIDEO] Cik B Dedah Pernah Singgah Restoran Bunian – ‘Orang Ramai Tapi Tiada Kereta’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah