27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Cik B Dedah Pernah Singgah Restoran Bunian – ‘Orang Ramai Tapi Tiada Kereta’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Cik B berkongsi pengalaman masuk ke alam bunian ketika dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Ipoh sekitar jam 2 pagi.

    Artikel Berkaitan: Safwan Nazri Terkedu, Harga Baju & Beg Cik B Lagi Mahal Dari Kereta

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Pakai Baju Kurung ‘Pink’ Raih Perhatian, Netizen Puji – ‘Alhamdulillah Suka Tengok, Ini Baru Betul Gadis Melayu’

    Restoran bunian

    Menerusi podcast Sembang Seram, pemilik nama Edlynn Zamileen Muhammad Amin mendedahkan kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas menemani ibunya, usahawan Datuk Seri Vida menguruskan hal kerja di Kelantan.

    Dalam perjalanan pulang tu ada ‘roadblock’, mereka pesan jangan seronok sangat.

    Sejam selepas itu, kereta terlanggar sesuatu dan bunyinya sangat kuat.

    Saya tidak keluar periksa kereta sebab kami berada di hutan dan waktu pun sudah malam.

    Kami bawa kereta perlahan-lahan dan saya nampak restoran bernama Nasi Ayam Malaysia.

    Bercerita kembali, Cik B kata restoran yang berada di atas bukit itu dipenuhi dengan orang awam malah ada di antara mereka menghiburkan diri dengan berkaraoke lagu Kuda Kepang.

    Kami berhenti di restoran itu dan periksa tayar. Tiba-tiba ada bau macam bangkai tikus.

    Mereka yang berada di restoran tidak pandang kami langsung. Dekat kedai itu juga tiada kenderaan walaupun ramai orang.

    Mak cik saya lalu tempat yang sama tapi dia memang tidak nampak kedai makan itu.

    Kata Cik B lagi, kedai itu terletak di sebelah gaung dan orang ramai yang singgah di kedai itu juga tidak mempunyai ‘wajah’.

    MENARIK:  [VIDEO] Fattah Amin Jual Tudung Bidang 50 Bersama Ibu & Adik Beradik, Mahu Galakkan Wanita Tutup Aurat Dengan Sempurna – ‘Kita Tak Jual Bidang Pendek’

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Cik B Dedah Pernah Singgah Restoran Bunian – ‘Orang Ramai Tapi Tiada Kereta’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah