32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jangan Menipu Jual Pizza Tak Untung, Itu Semua Ayat Nak Lari Tax Sahaja’ – Cik Epal

    Shopee Sale



    Usahawan dan pempengaruh, Cik Epal mendakwa bekas suaminya, Jofliam culas membayar cukai meskipun jualan perniagaan pizza wagyu mencecah angka ratusan ribu sebulan.

    Bayar tunai sahaja

    Ekoran itu, pemilik nama Murni Mahmud meminta supaya pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat perniagaan Jofliam untuk tindakan lanjut.

    Dakwa Cik Epal, Jofliam sering menggunakan alasan perniagaannya tidak membawa untung  kerana mahu mengelak untuk membayar cukai.

    Macam mana peniaga pizza RM150 sekeping maintain lifestyle? bayar rumah sewa RM8, 500 sebulan, bayar kereta sewa RM8,000 hingga RM10,000 (sebab sewa kereta ikut mood.

    Kadang-kadang ambil Range Rover, kadang-kadang dia sewa Alphard atau Vellfire).

    Macam mana duit bayar semua ni? Dengan bisnes pizza wagyu dia la.

    Jangan menipu kata tiada untung.

    Itu semua ayat nak lari tax sahaja. Jualan pizza dia dulu ratus ribu sebulan.

    Mengulas lebih lanjut, Cik Epal berkata tindakan Jofliam amat tidak adil untuk golongan para peniaga yang berniaga secara jujur.

    Disebabkan menyewa dan buat bisnes ambil tunai sahaja memang lepas dari bayar income tax ke? Kalau bayar pon sikit sahaja sebab ambil tunai?

    Tidak adil untuk orang yang betul buat bisnes tapi bayar income tax dengan tepat.

    Sebab ambil tunai boleh sesuka hati membayar jumlah berapa dia nak? Padahal untung lebih dari itu.

    MENARIK:  ‘Saya Seorang Yang Workaholic, Tak Boleh Duduk Diam’ – Ezzanie Jasny

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah