28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Seorang Yang Workaholic, Tak Boleh Duduk Diam’ – Ezzanie Jasny

    Shopee Sale

    Pelakon Ezzanie Jasny mendedahkan dia tidak sempat berehat sejak awal tahun ini kerana sibuk dengan komitmen penggambaran yang berterusan.

    Ezzanie ‘workaholic’

    Ketika ditemui , pemilik nama Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27, mengakui dia seorang yang ‘workaholic‘ sehingga sanggup mengorbankan masa sendiri demi kariernya sebagai anak seni. 

    Saya seorang yang workaholic, tak boleh duduk diam. Saya tak kisah apa jenis pekerjaan pun, asalkan halal dan menyenangkan saya, saya kena buat. Kalau tak ada kerja pun saya tetap kena keluar berjalan-jalan. Saya memang tak boleh duduk rumah.

    Saya baru habis cerita Neraka Yang Terhijab, saya ada masa empat hari saja untuk kemas barang. Kemudian terus ke Terengganu untuk sambung shooting drama Bulan Henti Bicara.

    Memang daripada awal tahun, selepas saya kemalangan sehingga sekarang saya tak rehat langsung.

    Bagaimanapun, pelakon itu berharap dapat meluangkan masa untuk berehat sepanjang Ogos sebelum kembali sibuk dengan beberapa projek yang telah dijadualkan bermula September sehingga Januari tahun hadapan.

    Harapnya bulan Ogos saya dapat berehat secukupnya sebab memang saya ambil bulan itu untuk bercuti. 

    Bulan September sampai Januari, insya-Allah dah ada beberapa cerita yang saya akan buat.

    Dalam pada itu, Ezzanie turut berkongsi cabaran menjayakan watak yang banyak bermain emosi sehingga memberi kesan kepada keadaan mental dan fizikalnya.

    MENARIK:  ‘Kalau Saya Ada Sakitkan Hati Orang, Saya Minta Maaf’ – Wawa Zainal

    The post ‘Saya Seorang Yang Workaholic, Tak Boleh Duduk Diam’ – Ezzanie Jasny first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah