Baru-baru ini, tular video memaparkan pelakon Fattah Amin bersama seorang ustaz sebelum melakukan aktiviti paranormal dengan pengacara Roslan Shah sehingga mengundang salah faham netizen.
Artikel Berkaitan: Netizen Terhibur Tengok Cik Lan ‘Show Off’ Telefon Baharu Depan Fattah Amin – ‘DSV Belikan, Dia Suka I
Bukan buka, tutup hijab

Ramai menyangka hijab Fattah atau nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 35, telah dibuka oleh ustaz berkenaan sebelum dia memasuki kawasan hutan.
Menjelaskan perkara sebenar, isteri kepada ustaz tersebut tampil menafikan dakwaan yang dibuat oleh wargamaya.
Katanya, suaminya bukan membuka tetapi menutup hijab Fattah sebagai ikhtiar untuk melindungi aktor itu daripada melihat perkara yang tidak diingini.
Ramai yang salah anggap, ingat kami buka hijab Fattah. Sebenarnya suami saya ikhtiar untuk tutup hijab matanya supaya dia tidak nampak yang bukan-bukan dan diserang mahluk sebelah sana (alam ghaib).
Dalam pada itu, isteri Ustaz berkenaan turut menjelaskan penglibatan Fattah dalam aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai duta sebuah jenama minuman dan bukannya kehendak peribadi.
Fattah duta kepada jenama air, ini adalah tuntutan kerja dia, bukan dia sengaja serah diri. Masya-Allah Fattah memang seorang yang berani dan rileks.
Terdahulu, video yang memaparkan seorang ustaz mengusap muka Fattah sambil membacakan sesuatu menjadi tular sehingga menimbulkan dakwaan kononnya hijab aktor itu telah dibuka sebelum menyertai aktiviti paranormal.
Sumber: Threads
The post Isteri Ustaz Nafi Hijab Mata Fattah Amin Dibuka – ‘Ikhtiar Supaya Tidak Nampak Yang Bukan-Bukan’ first appeared on OHBULAN!.





