28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iqbal Zulkefli Tak Goda Wanita, Dedah Pernah Dilamar Artis Terkenal & VVIP – ‘Saya Tolak Dengan Baik’

    Shopee Sale



    Personaliti media sosial dan usahawan Iqbal Zulkefli memberitahu, ramai yang beranggapan bahawa dia adalah seorang penggoda berikutan sering timbul spekulasi dengan beberapa orang wanita sebelum ini.

    Tanggapan masyarakat

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IGs), Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqbal Zulkefli menafikan perkara tersebut, namun percaya sikapnya yang sering menjaga batas pergaulan adalah sebab mengapa dia lebih disenangi oleh ramai wanita.

    Sesetengah manusia menganggap saya penggoda wanita kerana sering digosipkan dengan siapa pun walaupun hanya dengan sekeping gambar. Ada yang saya sedar dan ada gosip berlaku tidak dalam jangkaan saya.

    Begini, cuba kalian fikir, mengapa artis-artis dan VIP mudah dekat dengan saya, prinsip saya adalah menghormati privasi orang dan memahami batas wanita.

    Tetapi tolong faham, saya berada dalam industri media, kadang dipuji kadang dikeji. Jika tidak mampu memahami saya, jauhkan diri.

    Ada yang cuba dekati

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (@ahmadiqbalzulkefli)

    Dalam pada itu, Iqbal mendedahkan dia pernah ditawarkan dengan pelbagai barangan mewah daripada individu berpengaruh yang mahu menjadikannya suami.

    Namun, Iqbal menegaskan bahawa dia tidak mahu mempermainkan perasaan mana-mana wanita jika dirinya tidak sesuai untuk mereka.

    Saya sedar saya bukan rupawan. Namun bukanlah tiada wanita cuba mendekati saya. Jujur sejak zaman persekolahan dan universiti lagi ramai yang cuba dekat dengan saya. Namun, jika hati saya tidak berkenan, sedikit pun saya tidak akan cuba main perasaan dan bagi harapan.

    Realiti saya tidak seperti permainan dunia media sosial. Sejujurnya ada kerabat diraja, artis terkenal, golongan VVIP yang mempelawa untuk berkahwin, saya tetap menolak dengan baik.

    Pernah ditawarkan banglo, harta benda, buatkan saya tidak nyaman kerana sejak kecil saya terbiasa kerja keras.

    Walau bagaimanapun, usahawan berusia 31 tahun itu menyatakan bahawa dia hanya mahukan seorang wanita yang sederhana.

    Dalam hati saya mahukan orang biasa-biasa di ceruk desa pun tidak menjadi masalah.

    Saya bukan terlalu suci. Namun, sesekali saya tidak akan mengkhianati orang lain. Tidak semua pengorbanan kita harus ceritakan di media sosial. 

    Bukan segala niat baik harus diungkapkan. Saya pun serik untuk kenal sesiapa. Malah, dalam hal apapun, saya sanggup undur diri jika orang tidak gembira adanya saya.

    MENARIK:  ‘Kuat & Tabah, Itulah Sifat Yang Ada Padamu Apabila Dewasa Nanti’ – Fazura

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah