29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rancangan Shuhada: ‘Humairah Ingin Bawa Anak-Anak Melancong Ke Luar Negara Selepas Hari Raya’

    Shopee Sale



    Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri merancang untuk membawa dua orang anaknya, Humairah dan Umar untuk bercuti ke luar negara selepas selesai perayaan Hari Raya Aidilfitri.

    Anak nak keliling dunia

    Ketika ditemui , Shuhada memaklumkan perancangan tersebut dibuat hanya kerana mahu menunaikan permintaan anak perempuannya, Humairah yang mahu mengelilingi dunia.

    Hari Raya kebiasaannya memang saya akan beraya di kampung halaman di Perlis bersama anak-anak dan keluarga tapi mungkin lepas raya atau cuti sekolah nanti saya nak bawa anak-anak bercuti ke luar negara.

    Humairah kata, ‘Jom lah keliling dunia’. Dia nak pergi ‘around the world’ katanya.

    Jadi sebelum ini kami dah ke Eropah, negara Arab dan Hong Kong jadi, mungkin saya nak bawa anak-anak ke arah Australia atau New Zealand.

    Dah janji dengan mereka, insya-Allah saya akan bawa mereka. Nak-nak pula Umar kata dia nak tengok kanggaru.

    Tambah Shuhada, dia sebolehnya mahu membawa anak-anak bercuti di waktu sesi cuti persekolahan kerana tidak mahu mengganggu proses pembelajaran Humairah di sekolah.

    Mungkin saya bawa mereka lepas raya tapi kalau boleh waktu cuti sekolah, insya-Allah.

    Sebabnya saya tak nak kacau waktu sekolah Humairah.

    Sekolah tetap kena pergi, tak boleh tak pergi. Walaupun Humairah demam sikit pun, atok dia tetap akan minta dia ke sekolah.

    Saya tak nak normalisasikan budaya selalu tak ke sekolah dalam diri anak-anak melainkan kalau dia sakit yang teramat sangat, baru tak perlu ke sekolah.

    Sekadar info, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 3.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Nampak Dia Tengah Menganyam Ketupat Sambil Pejam Mata’ – Suami Sissy Iman

    Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.

    Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari 2023 dan mereka disahkan bercerai pada 27 Julai 2023.

    Hafidz kemudiannya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan wanita bernama Athirah Yuhada, pada 15 Disember lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah