![]()
Dah bosan makan kuih raya dengan rasa yang sama? Meh sini min nak kongsi cara untuk improvise kuih raya buatan korang.
Apa yang korang perlukan adalah biskut bersalut coklat, Pocky. Iye… hanya dengan Pocky macam-macam boleh jadi!
Sentuhan Pocky cetus inovasi kuih raya
Terkenal sebagai snek untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga, masih ramai yang belum tahu bahawa Pocky sebenarnya sesuai digunakan sebagai topping kepada kuih raya.
Sentuhan moden ini akan menghasilkan dimensi rasa yang unik dengan tekstur yang berbeza.
Bukan itu sahaja, kuih raya buatan korang juga akan terlihat lebih cantik dan menyelerakan, sekaligus menarik perhatian mereka yang datang beraya.
Berikut min nak kongsikan resepi dan cara improvise kuih raya dengan menggunakan Pocky.
Korang boleh pilih korang nak guna Pocky Coklat, Pocky Strawberi, atau Pocky Cookies & Cream. Nak guna tiga-tiga pun boleh tau.
Semuanya pun sedap dan kuih raya korang pun confirm menjadi.
1. Pocky Fireworks
Bahan-bahan:
- 2 bungkus Pocky [pilih perisa Pocky kegemaran korang/guna ketiga-tiga perisa]
- 10 keping Biskut tawar
- 60gram Coklat Ganace
- 15ml Susu
Cara penyediaan:
- Cairkan coklat susu menggunakan kaedah double boiling
- Kemudian, tambah susu
- Gaul adunan ganace coklat dan susu tadi sehingga sebati.
- Sapu ganace tadi pada permukaan biskut tawar dan hias dengan Pocky (dipatahkan)
- Akhir sekali tunggu biskut tadi sejuk dan siap untuk dihidang.
Resepi penuh boleh didapati di SINI
2. Biskut Emping Jagung Madu Pocky
Bahan-bahan:
- Pocky pelbagai perisa
- 20 gram Mentega
- 10 gram Gula + 30ml madu
- 120 gram emping Jagung
- Kacang pilihan (jika suka)
Cara penyediaan:
- Cairkan mentega dengan api perlahan
- Kemudian tambah gula dan madu.
- Kacau hingga sebati dan warna menjadi keemasan.
- Tuang cairan tadi keatas emping jagung dan gaul sebati.
- Setelah tergaul merata, masukkan kedalam cawan kertas dan hias dengan kacang pilihan korang.
- Akhir sekali, tambah Pocky untuk menaikkan seri biskut emping jagung madu korang.
Resepi penuh boleh didapati di SINI
3. Kek Batik Matcha Pocky
Bahan-bahan:
- 3 bungkus Pocky kegemaran korang
- 100ml Susu
- 1 sudu besar serbuk Matcha
- 400gram Coklat putih ganace
Cara penyediaan:
- Cairkan coklat putih ganace menggunakan kaedah double boiling.
- Tambah susu ke dalam cairan ganache coklat putih tadi dan gaul hingga sebati.
- Tambah matcha dan gaul sehingga sekata.
- Sediakan loyang segi empat dan masukkan Pocky (dipatahkan) kedalam loyang.
- tuang adunan matcha ganace ke dalam loyang.
- Ulang langkah lapisan demi lapisan.
- Apabila kek sudah keras keluarkan dari acuan.
Resepi penuh boleh didapati di SINI
Mudahkan ada Pocky?
Hanya dengan 1 bahan korang dah boleh improvise rasa kuih raya untuk jadi lebih sedap dan berbeza.
Mesti tetamu dan jiran yang datang berkunjung pun seronok menikmati juadah kuih raya yang ada.

Jadi, jom dapatkan Pocky di pasaraya yang berdekatan dengan korang atau beli je melalui LAZADA untuk tambah baik kuih raya korang pada tahun ini.
Pastikan korang beli Pocky Pek Edisi Terhad 8 + 1 sachet percuma untuk lebih penjimatan.
*Sementara stok masih ada
Cipta Keriangan Raya dengan Pocky!
Nikmati saat-saat gembira menyiapkan kuih raya bersama keluarga pada tahun ini.
Selain buat kuih raya, Pocky juga sesuai dikongsi bersama rakan dan keluarga. Makan begitu sahaja pun sedap!
Selamat mencuba semua!





