30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mandi Malam, Mitos Atau Memang Bahaya? Ini Penjelasan KKM

    Shopee Sale

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan sama ada mandi pada waktu malam benar-benar mendatangkan bahaya seperti yang sering didakwa, atau sebenarnya sekadar satu mitos.

    Artikel Berkaitan: Mandi Lepas Makan Jadi Buncit & 4 Pantang Larang Mandi Yang Anda Percaya. Mitos Atau Fakta?

    Mitos atau memang bahaya?

    Memetik hantaran di Facebook, KKM menjelaskan sebelum ini terdapat dakwaan yang mengatakan mandi malam boleh merosakkan paru-paru dan juga sendiri.

    Bagaimanapun, menurut KKM, air yang terkena pada kulit tidak dapat menembusi sehingga ke paru-paru yang terletak di dalam badan kita.

    Malah jelasnya, sendi juga tidak akan jadi rosak hanya kerana mandi air sejuk, namun kebiasaannya yang menjadi masalah ialah apabila badan dalam keadaan tidak sihat atau mandi secara mengejut.

    KKM turut menyenaraikan situasi yang mendatangkan bahaya pada diri ialah:

    MENARIK:  Tomok Terhibur Baca Berita Lama Peminat Marah Jika Bercinta Dengan Siti Nordiana

    • Mandi air sangat sejuk ketika sedang demam kuat

    • Masuk bilik air gelap dan licin, risiko tergelincir

    • Berlama lama dalam air sejuk sampai menggigil teruk

    Jelasnya, jika tubuh badan sihat, suhu air dan bilik air berada dalam keadaan selesa, maka mandi malam tidak menjadi masalah terhadap sendi atau paru-paru.

    Yang penting, jaga keselamatan, jaga suhu, jaga diri sendiri.

    Dalam hidup, banyak benda kita takut sebab orang cerita dari mulut ke mulut.

    Lebih baik takut pada gula berlebihan, rokok dan kurang bergerak berbanding takut pada mandi malam yang sebenarnya menyegarkan.

    Sumber: Facebook

    The post Mandi Malam, Mitos Atau Memang Bahaya? Ini Penjelasan KKM first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah