
Pelakon dan pelawak Enot, mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tidak bersuara ketika berdepan dengan kontroversi sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berat Badan Enot Kini 75kg, Netizen Terkejut Tengok Makin Langsing – ‘Kurusnya, Dah Macam Melly Goeslaw’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘1 Aib Aku Kau Buka, 10 Aib Kau Akan Terbuka’ – Enot Tuju Pada Siapa?
Bukan merajuk
Menerusi temu bual bersama Melodi, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, menjelaskan bahawa dia memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu membuka aib mana-mana pihak.
Bukanlah merajuk dengan industri, saya menyepi ketika patah kaki tempoh hari dan ketika itu ada isu sedang viral.
Jadi saya tak nak diri ini menjadi terlalu marah lalu akan terbuka segala-galanya (aib). Adalah lebih baik jika kita menyimpan aib orang lain supaya kita tidak menjadi seperti mereka.
Itu adalah sebab mengapa saya mendiamkan diri.
Menurut Enot, dia tidak pernah menyimpan dendam meskipun ramai yang mempunyai tanggapan negatif terhadapnya.
Bukan kerana menyimpan dendam, cuma kita tak nak ada lagi pertelingkahan. Berbalah sampai bila pun takkan selesai.
Ada banyak benda yang saya pendam dan tak terluah, orang malah nampak saya yang bersalah tapi tak mengapa saya manusia yang tak lari daripada melakukan kesilapan.
Ketika itu saya teruk dipijak dan menerima pelbagai komen dari netizen, tetapi saya telan sahaja.
Lebih dari sahabat

Dalam pada itu, aktres berusia 46 tahun tersebut mengakui menyayangi sahabat baiknya seperti ahli keluarga sendiri kerana sudah bersama melalui pelbagai fasa dalam hidup.
Kalau orang keliling tahu bagaimana saya menyayangi dia dahulu, mereka juga akan tahu setiap kali ada tarikh tertentu sayalah orang pertama yang akan mengingati dia sebab saya terlalu sayang padanya.
Ini bukan putus sahabat, tapi ia macam putus adik beradik. Saya anggap dia lebih daripada sahabat, saya anggap dia seperti emak dan kakak.
Rasa yang terlalu sayang sebab itu saya padamkan api kemarahan dan saya simpan dalam kenangan saya.
Tipulah kalau kata saya tak sayang dia, saya lalui hidup dengannya hampir 20 tahun, tapi tak mengapa biar orang nampak kejahatan saya.
Saya maafkan dia, saya cuma minta dia halalkan makan minum saya dan anak-anak.
Bagaimanapun, pelakon filem Cinta Luar Biasa itu tidak pernah memutuskan ikatan persahabatan tersebut namun hubungan mereka kini tidak seakrab dahulu.
Tiada istilah potong kek, tak baik sebenarnya kerana ia ibarat memutuskan silaturahim.
Bagi saya, saya tidak memutuskan silaturahim tetapi kita hanya seperti kawan biasa. Jumpa say hi bye kemudian balik.
Kita tidak serapat dulu, itu adalah lebih baik daripada kita mengetahui luar dan dalam secara dekat. Kita tak mahu bergaduh, biarlah sekadar jumpa dan ketawa kemudian balik.
Sumber: Melodi TV3
The post ‘Ini Bukan Putus Sahabat, Tapi Putus Adik- Beradik’ – Enot first appeared on OHBULAN!.





