28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Eranzz Lambert Gagal Sertai Program One In A Million, Nafi Guna ‘Cable’ Semasa Sesi Uji Bakat – ‘Semua Saya Usaha Sendiri’

    Shopee Sale



    Penyanyi Eranzz Lambert memberitahu dia tidak berjaya menyertai program Calpis Soda One In A Million.

    Saya gagal

    Menurut Eranzz, dia mendapat keputusan tersebut daripada pihak produksi selepas berjaya di peringkat pertama dan kedua uji bakat, baru-baru ini.

    Hai guys sorry saya gagal. Sorry tak dapat banggakan korang.

    Ujar Eranzz, secara jujur dia berasa sedih kerana tidak dapat menjadi peserta program berkenaan. Namun, dia yakin segala percaturan Allah sangat dahsyat dan akan ada yang lebih baik selepas ini.

    Sementara itu, Eranzz yang pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Golden Memories Asia di Indonesia, turut meluahkan rasa terkilan apabila terdapat dakwaan yang mengatakan dia menggunakan ‘cable’ untuk menyertai program One In A Million.

    Cuma maaf saya nak luahkan sikit je dekat sini. Saya agak terkilan dan sedih bila ada terbaca komen yang saya mengunakan cable untuk join ujibakat @calpissodaoiamtv3@tv3malaysia ni. Ya Allah saya bersumpah demi Allah yang saya tak pernah minta bantuan siapapun dalam audition hari tu.

    Walaupun mungkin ada yang tahu juri pada hari itu adalah teman-teman saya tapi sumpah sikit pun saya tak pernah bertanya atau meninta bantuan untuk bantu saya. Semuanya saya usaha sendiri. Saya agak murung dan berkecil hati bila terdengar dan terbaca komen yang mengatakan saya menggunakan cable. Semua itu fitnah.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ERANZZ LAMBERT (@eranzz.lambert)

    Berbicara lebih lanjut, Eranzz berkata, dakwaan menggunakan ‘cable’ itu tidak benar. Ini kerana, dia sendiri tidak berjaya mara ke pusingan terakhir pencarian peserta program tersebut.

    Sekarang jelaslah dan terbukti yang perkara tersebut tak terjadi. Saya gagal. Tapi saya akui sesi uji bakat saya kemarin was not my best audition session.

    Saya gagal untuk menawan hati mereka kerana cabaran menyanyi di hadapan rakan adalah lebih mencabar berbanding dengan menyanyi di hadapan orang yang kita tidak kenal. Tapi tak apa, kalau Allah kata rezeki tu milik kita, u nyanyi lah lagu Twinkle Litter Star pun pasti akan menjadi.

    Di akhir posting, Eranzz memaafkan semua orang yang bercakap buruk mengenainya.

    Saya maafkan semua yang berkata-kata macam tu kerana saya anggap mereka tidak tahu hal sebenar. Saya ambil ini sebagai pengajaran dan pembakar semangat untuk terus bangkit. Maafkan saya kepada semua yang berharap dan mendoakan untuk berjaya. Saya takkan berhenti berjuang untuk periuk nasi saya. Saya tetap akan menyanyi walaupun di mana jua. InsyaAllah.

    MENARIK:  Ustaz Wadi Annuar Puji Suami Bagi Isteri ‘Me-Time’, Titip Nasihat Agar Tidak Langgar Halal Haram

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah