32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Individu Dedah Maklumat Bil Telefon, Khairul Aming Tuntut Penjelasan Telco- ‘Macam Mana Data Peribadi Saya Boleh Bocor?’

    Shopee Sale

    Usahawan, Khairul Aming meluahkan rasa kurang senang selepas maklumat berkaitan bil telefon peribadinya didakwa didedahkan kepada umum oleh individu tidak dikenali.

    Artikel Berkaitan: Rembayung Macam ‘Rusuhan’, Khairul Aming Tampil Mohon Maaf – ‘6 Bulan Berniaga First Time ..’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Jelaskan Isu Bayi Dikira 1 Pax Di Rembayung – ‘Saya Tak Untung, SOP Untuk Lindungi Bayi’

    Khairul Aming tuntut penjelasan Maxis

    View on Threads

    Menerusi hantaran di Threads, Khairul Aming menuntut penjelasan daripada syarikat telekomunikasi Maxis bagaimana maklumat peribadinya boleh diketahui individu lain sehingga dikongsikan secara terbuka di media sosial.

    Mohon penjelasan daripada Maxis macam mana personal phone bill saya boleh leak

    Perkara itu timbul selepas seorang pengguna Threads mendakwa Khairul Aming mempunyai tunggakan bil sebanyak RM498 selain mendedahkan pelan telefon yang digunakan usahawan berkenaan.

    Bagaimanapun, Khairul Aming menjelaskan dia sememangnya membuat pembayaran bil lebih awal untuk beberapa bulan akan datang dan tidak menyedari baki pembayaran telah berkurangan.

    Tak perlu beritahu sebab ni hal peribadi saya. Saya memang bayar bil in advance untuk beberapa bulan ke depan, tak perasan dah drained balance.

    Tapi yang jadi creepy macam mana awak boleh tahu info bil Maxis saya ni sampai post ke public? Ni personal data saya.

    Hantaran tersebut menarik perhatian ramai yang turut mempersoalkan bagaimana maklumat peribadi pelanggan boleh diketahui pihak lain, selain menggesa supaya siasatan dilakukan sekiranya benar berlaku kebocoran data.

    MENARIK:  Kacak Gembira Niat Mahu Hadiahkan ‘Wheelchair’ Kepada Ustaz Tertunai, Netizen Puji Hasil Didikan DSV Suka Sedekah

    Setakat ini, Maxis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan tersebut.

    Sumber: Threads Khairul Aming

    The post Individu Dedah Maklumat Bil Telefon, Khairul Aming Tuntut Penjelasan Telco- ‘Macam Mana Data Peribadi Saya Boleh Bocor?’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah